Kisah sejarah sebenar zaman kesultanan Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Kedah bakal diangkat dalam sebuah filem bergenre 'epik dan aksi' yang berjudul 'Putera Empayar Nusantara', yang dijangka akan ditayangkan pada 2021.
Karya terbitan Eria Ventures Sdn Bhd dengan kerjasama kerajaan Negeri Sembilan itu akan memulakan sesi pengambaran bermula tahun depan melibatkan beberapa lokasi antaranya di Negeri Sembilan, Kedah, Rompin, Pahang, Johor, Sulawesi serta Makasar di Indonesia.
Filem yang mendapat sentuhan daripada gabungan tiga pengarah iaitu Asmadie Mokhadar dan Javert dari Malaysia serta pengarah terkenal dari Indonesia, Ario Sagantoro, mensasarkan untuk menembusi pasaran antarabangsa, dan ia turut mendapat bantuan teknik Computer-Generated Imagery (CGI) daripada Linux Group, syarikat pembuat teknik CGI terkenal di Hong Kong dan China.
Pengarah Eria Ventures Sdn Bhd, Asmadie berkata filem itu bertujuan mengangkat martabat Raja-Raja Melayu.
"Filem ini mengaitkan kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, di mana pewarisnya mahu menuntut takhta dengan mendapatkan bantuan dari Daeng Lima Bersaudara," katanya kepada Bernama selepas majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Eria Ventures Sdn Bhd bersama barisan pelakon dan karyawan filem 'Putera Empayar Nusantara' di sini, pada Sabtu.
Turut hadir, Undang Luak Johol Datuk Muhammad Abdullah yang juga penaung filem berkenaan.
"Menerusi filem ini, masyarakat akan boleh mengetahui mengenai sejarah Negeri Sembilan juga. Dengan adanya filem ini, generasi muda akan tahu mengenai adat dan budaya yang diamalkan orang terdahulu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 23 2019

Muhammad Abdullah (belakang tiga, kiri) menyaksikan pertukaran dokumen di antara Ario Sagantoro (duduk, kiri) dan Javert (duduk, kanan). -Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Video YouTuber Malaysia Sofian dapat perhatian bintang Hollywood Ryan Reynolds
Sofyank berkolaborasi Ryan Reynolds untuk sebuah video sebagai promosi untuk filem terbaharu Reynolds, The Adam Project.

Kisah sebenar zaman Kesultanan Melayu diangkat menjadi filem
Karya terbitan Eria Ventures Sdn Bhd dengan kerjasama kerajaan Negeri Sembilan itu akan memulakan sesi pengambaran bermula tahun depan.

Kekurangan CGI dalam XX Ray III, Aziz M. Osman fokus penceritaan
Selepas 24 tahun, pengarah filem terkenal, Aziz M Osman kembali dengan filem trilogi, XX Ray III yang masih menampilkan genre sains fiksyen.

Francais filem terbesar India mahu tawan penggemar filem Hollywood
Pembuat filem 'Baahubali 2' berharap dapat memaparkan kesan khas terbaik yang dapat memikat hati penggemar filem Hollywood.

5 sebab generasi dari era 80an perlu tonton Power Rangers
Filem Power Rangers sudah ditayangkan di pawagam hari ini. Yang pasti Power Rangers sememangnya filem wajib tonton tahun ini. Kami senaraikan lima sebabnya! Jom.