Kehilangan aktivis muzik etnik tradisional, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah amat dirasai oleh semua rakan artis dan peminat.
Datuk Siti Nurhaliza, yang merupakan anak murid Allahyarham Pak Ngah meurpakan salah seorang rakan artisy yang cukup terkesan dengan pemergian komposer tersohor tersebut.
Menurut Siti, pengalaman beliau bekerjasama dengan Pak Ngah amat berharga.
“Pak Ngah ni sangat positif dan semua orang akan terhibur dengan Pak Ngah, kini gurauannya sudah tiada,
walau bagaimanapun, saya kagum dengan cinta beliau terhadap seni yang terlalu tinggi,macam mana pun beliau tetap perjuangkan irama Melayu," kata Siti Nurhaliza ketika ditemui di Masjid Kampung Baru sekwatu menunggu jenazah Allahyarham Pak Ngah tiba tengah hari tadi.
"Kalau di Indonesia,beliau sangat dihormati," tambah Siti, sambil menahan sebak.
Allahyarham Pak Ngah menghembuskan nafas terakhir di Batam,Indonesia pada jam 3.02 semalam akibat komplikasi jantung.
Allahyarham dikebumikan di Tanah perkuburan Jalan Ampang, Kampung Baru selepas solat Zohor.
Pak Ngah meninggalkan seorang isteri, Datin Sharifah Mahani, seorang anak lelaki dan perempuan.
Allahyarham Pak Ngah dilahirkan pada 26 September, 1958 di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Anak kedua daripada lima beradik itu mempunyai syarikat produksi sendiri, Pak Ngah Production Sdn Bhd yang telah beroperasi di Setapak sejak 26 0ktober 1995 dan banyak melahirkan karya-karya terulung antaranya lagu popular nyanyian Siti Nurhaliza termasuk "Ya Maulai",'Balqis",dan "Badarsila".
Eka Roslee
Wed Sep 26 2018

Dato Siti Nurhaliza terkesan dengan kehilangan Pak Ngah Suhaimi. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Kini ... tiada lagi gurauan Pak Ngah' - Siti Nurhaliza
Kehilangan aktivis muzik irama melayu,Dato Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah amat dirasai oleh semua rakan artis dan peminat