BUTTERWORTH: Keuzuran seniman era 60-an yang juga penyanyi lagu Marilah Mengundi, Rocky Din mendapat perhatian Sukarelawan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM).
Dalam kunjungan ke kediaman Rocky atau nama sebenarnya, Mohd Hashim Sharif, 72, di Bagan Belat, Teluk Air Tawar, di sini, Sukarelawan YADIM simpati dengan artis veteran berkenaan yang pernah mengharumkan nama negara dengan lagu patriotik.
Selepas diserang angin ahmar sejak hujung tahun lalu, Rocky Din kini hanya terperap di rumahnya selain terpaksa bergantung pada kerusi roda untuk bergerak.
Justeru, kunjungan Sukarelawan YADIM ke atas Rocky adalah untuk menghulurkan sumbangan sebagai tanda prihatin.
Pengerusi Sukarelawan YADIM Pulau Pinang, Rosli Hassan berkata, pihaknya menyantuni penyanyi itu sebagai menyatakan rasa simpati selain menghormatinya kerana ketika di zaman kegemilangannya, Rocky Din pernah diminati oleh segenap lapisan peminatnya.
"Beliau (Rocky Din) pernah popular ketika era 60-an malah, dikenali ramai terutama bagi peminat lagu 60-an sekitar utara.
"Beliau juga pernah menjadi penyanyi kumpulan Westerles yang muncul juara pertandingan kugiran peringkat kebangsaan anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan sering dijemput untuk menghiburkan tetamu pada majlis tertentu," katanya.
BACA: Rocky Din bangga, selepas 40 tahun lagu 'Marilah Mengundi' masih didendang
Lagu Marilah Mengundi nyanyian Rocky Din mula diputarkan sejak 1978 menjelang pilihan raya umum (PRU) dan masih popular sehingga kini.
Beliau juga pernah turut popular dengan lagu Cintaku Cintamu, Aku Tetap Menanti selain pernah menghasilkan album untuk penyanyi popular seperti Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan Hang Mokhtar.
Rocky Din juga pernah menerima anugerah Tokoh Kesenian sempena Sambutan Maal Hijrah anjuran Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) pada 2017.
Sementara itu, Rocky Din dalam reaksinya menyatakan rasa terharu dengan kunjungan Sukarelawan YADIM dan selain mengucapkan terima kasih kerana sudi menziarahinya.
Meskipun percakapannya kurang jelas, namun raut kegembiraan jelas terbayang di wajah penyanyi veteran itu menerima kunjungan tersebut.
Astro Awani
Sat Feb 20 2021
Seniman Rocky Din kini banyak menghabiskan masa di rumahnya di Bagan Belat, Teluk Air Tawar, Butterworth selain terpaksa bergantung pada kerusi roda untuk bergerak. - Gambar ihsan Sukarelawan YADIM
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Rocky Din terharu, sedia rakam semula lagu ikonik 'Marilah Mengundi'
Seniman era 60-an Rocky Din atau nama sebenarnya Mohd Hashim Sharif meluahkan perasaan gembira dan terharu, apabila lagu ikoniknya terutama ketika musim pilihan raya 'Marilah Mengundi', bakal dirakam
Keuzuran Rocky Din dapat perhatian Sukarelawan YADIM
Selepas diserang angin ahmar, Rocky Din kini hanya terperap di rumah selain terpaksa bergantung pada kerusi roda untuk bergerak.
Rocky Din bangga, selepas 40 tahun lagu 'Marilah Mengundi' masih didendang
Lagu 'Marilah Mengundi' dendangan Mohd Hashim Shariff, lebih dikenali sebagai Rocky Din, yang popular sejak tahun 1978, masih lagi berkumandang sehingga ke hari ini apabila tibanya waktu pilihan raya.