Kereta asal "Batman" yang digunakan dalam siri tv-nya pada tahun 1960-an telah dijual pada USD 4.6 juta (RM 13 juta) .

Kereta hitam ikonik itu yang berkonsepkan "Lincoln Futura" dibina pada 1955.

Dibina sepenuhnya dengan tenaga manusia pada harga USD 250 ribu (RM758 ribu) kereta itu kemudian diubah suai oleh George Barris untuk menjadi kereta "Batman" pada 1965.

Barris telah berbelanja sebanyak USD 15 ribu (RM 45 ribu) untuk ubah suai selama 15 hari dan memiliki kereta tersebut sehingga kini.

Kereta itu dibeli peminat "Batman" Rick Champagne di rumah Bida Barrett-Jackson, Arizona sabtu lalu.

Siri tv "Batman" yang bersiaran selama tiga musim sejak Januari 1966 dibintangi Adam West.