PENYANYI dan pelakon Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani akui dia sendiri tidak memahami apa yang sedang berlaku ketika zamannya disanjung selepas menyertai Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).
Mawi mendedahkan ketika itu, dia mempersoalkan hidupnya mengapa begitu kerana penerimaan daripada peminat yang menyanjungnya sangat luar biasa.
“Saya tak tahu benda apa, saya tertanya dalam diri kenapa aku menangis, kenapa hidup aku macam ini?
“Pergi mana-mana terkejut lihat sampai baju kena tarik. Ya Allah ya Tuhanku kenapa kau bagi sampai macam ini sekali Ya Allah?
“Aku tak pernah minta macam ni, aku minta biasa-biasa je,” katanya.
Mawi mendedahkan kisah hidupnya itu di dalam segmen inspirasi bersama Mawi di Zayan.
Penyampai radio Zayan itu menceritakan perjalanan hidupnya daripada sebelum menjadi artis sehingga kini.
Dalam masa yang sama Mawi turut memberitahu mengapa dia pernah menyepi seketika.
“Saya hanya boleh beritahu ketika itu saya sakit. Saya peru duduk sahaja di rumah.
“Ada juga orang panggil buat show tapi saya terpaksa tolak,” katanya lagi.
Ikuti luahan hati serta pendedahan istimewa Mawi di dalam video temubual di Instagram Zayan.
Juara AF3 itu menjadi satu-satunya penyanyi yang disanjung dan mempunyai pengikut serta peminat yang ramai serta menjadi kegilaan ramai beberapa tahun bermula 2005.
Gempak
Sat Jun 06 2020

Penyampai radio Zayan itu menceritakan perjalanan hidupnya daripada sebelum menjadi artis sehingga kini. - Foto Instagram

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Kenapa aku menangis?' - Mawi dedah cerita di sebalik zaman kegemilangan
Mawi mendedahkan ketika itu, dia mempersoalkan hidupnya mengapa begitu kerana penerimaan daripada peminat yang menyanjungnya sangat luar biasa.

'Aku pernah dilabel kaki kikis, kaki bomoh la...' - Ekin dedah dugaan selepas kahwini Mawi
Pelakon Ekin atau nama sebenarnya Nora Asyikin Rahmat mendedahkan dia pernah ditimpa dengan dugaan yang berat selepas mengahwini juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi 10 tahun lalu.

Sertai 'Dangdut Star', Felix AF3 mahu kembali aktif di Semenanjung
Bekas naib juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Felix Agus tidak meletakkan dirinya lebih tinggi dari peserta lain dalam program realiti nyanyian terbaru, Dangdut Star.