Vokalis kumpulan Rio, Shafie, berpuas hati dengan persembahannya pada malam konsert pembukaan Gegar Vaganza 5, Ahad lalu.
Biarpun bukan peserta favourite kebanyakan penonton, namun Shafie berjaya memukau menerusi lagu malar segar, Layu di Hujung Mekar, sehingga menerima standing ovation daripada juri.
"Saya sebenarnya tidak pernah berhenti menyanyi walaupun sibuk dengan kerjaya tetap. Sehingga kini, saya masih menerima tawaran menyanyi, cuma orang tidak nampak sebab tidak keluar televisyen," katanya.
Menyentuh tentang komen Ketua Juri, Datuk Ramli MS berkenaan kegugupan peserta, kata Shafie, ia satu perasaan biasa, namun penting untuk seseorang penyanyi itu tahu bagaimana mahu mengawal perasaan tersebut.
"Penyanyi yang setiap hari naik pentas pun akan gugup, apalagi yang sudah lama tidak muncul.
"Bagi saya, rasa gugup itu hilang apabila mendengar sorakan penonton dan melihat mereka sama-sama menyanyi. Ia jadi satu bentuk semangat kepada saya," ujarnya lagi.
BACA: Gugup 'bunuh' persembahan peserta - Ramli MS
Penyanyi berusia 52 tahun itu juga sudah bersedia untuk menerima tugasan lagu-lagu baharu pada minggu-minggu akan datang.
"Ada juga rasa gementar kerana selama ini saya hanya menyanyi lagu rock. Tetapi itulah cabaran dalam GV dan saya berharap dapat menyampaikan lagu-lagu itu dengan baik," katanya.
Gegar Vaganza musim kelima bersiaran setiap Ahad di Astro RIA dan RIA HD, jam 9 malam.
Madiha Abdullah
Tue Oct 02 2018

Persembahan Shafie diberi 'standing ovation' oleh juri. - Facebook Shafie Rio

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

GV9: Ikut etika, jangan main siar di media sosial anda!
Hukuman penjara atau denda RM250,000 atau kedua-duanya sekali boleh menanti pesalah cetak rompak.

Pertikai keputusan GV6? Tiada peraturan tetapkan hanya seorang juara - Tok Ram
Datuk Ramli MS tidak menolak kemungkinan bahawa industri muzik perlu bersedia untuk berdepan dengan situasi yang sama pada masa akan datang.

Saya takkan lagi jawab segala persoalan tentang rumah tangga saya - Datin Alyah
Penyanyi dan juga isteri kepada pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS iatu Datin Alyah mencetuskan kontroversi selepas meninggalkan komen di akaun Instagram suaminya itu dua hari lepas.

Tokram pesan supaya saya jadi diri sendiri - Amelina
Amelina lebih berhati-hati dalam persembahan untuk televisyen, namun perkara itu tidak disenangi Datuk Ramli MS.

'Kena tahu kawal rasa gugup' - Shafie Rio
Shafie anggap gugup perasaan biasa bagi seseorang penyanyi, namun penting untuk mengawal perasaan tersebut.

"Sayalah juri Mak Cik Bawang, cuma yang berilmu" - Rizalman
Positif atau tidak, ujar Datuk Rizalman Ibrahim selaku juri tetap, beliau melihat cara penjurian yang dilontarkan kepada peserta setiap minggu berlandaskan ilmu sepanjang 25 tahun.

GV4: Raja Azura tersingkir di minggu ke-3
Raja Azura tersingkir selepas mendapat markah paling rendah pada konsert minggu ketiga.

Gegar Vaganza 2017: Konsert minggu pertama kini di Raku
Fenomena Gegar Vaganza musim keempat sudah bermula! Di platform Raku-Awani, anda boleh menikmati 'playlists' peserta minggu pertama GV2017 musim terbaharu ini. Pasti gempak!

#AF2015: Sufi juara pertama Akademi Fantasia dari Singapura
Pelajar dari Singapura, Sufi telah dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia 2015 (#AF2015) dalam Konsert Akhir #AF2015 yang berlangsung malam tadi.