SELEPAS 14 tahun dan 20 musim, rancangan realiti televisyen ‘Keeping Up With the Kardashians’ bakal menemukan noktah dengan musim terakhir yang akan ditayangkan awal tahun hadapan.
Bintang popular, Kim Kardashian West menerusi satu entri di laman Instagram rasminya pada Rabu berkata keputusan untuk menamatkan rancangan terbitan E! tersebut dibuat ahli keluarga Kardashian-Jenner.
“Dengan hati yang berat, kami telah membuat keputusan sebagai sebuah keluarga untuk mengucapkan selamat tinggal kepada ‘Keeping up with the Kardashians’.
“Selepas 14 tahun, 20 musim, beratus-ratus episod dan beberapa rancangan spin-off, kami sangat berterima kasih kepada anda semua yang telah menonton rancangan kami selama bertahun-tahun – sama ada ketika kami senang, susah, gembira, sedih, banyak hubungan dan anak-anak.
“Kami akan selama-lamanya menghargai kenangan indah dan orang yang kami temui sepanjang perjalanan kami ini,” kata Kim.
Personaliti terkenal Hollywood itu juga mengucapkan terima kasih kepada E!, pasukan produksi di Bunim/Murray dan penerbit eksekutif Ryan Seacrest yang menjayakan rancangan berkenaan.
“Musim terakhir kami akan ditayangkan pada awal tahun depan, 2021.
“Tanpa ‘Keeping up with the Kardashians’, saya tidak akan jadi diri saya pada hari ini.
“Saya sangat berterima kasih kepada semua yang menonton dan menyokong saya serta keluarga saya selama 14 tahun ini,” tambahnya.
‘Keeping up with the Kardashians’ yang juga dikenali sebagai ‘KUWTK’ menjadi siri hit besar di seluruh dunia yang ditayangkan secara berterusan di kaca televisyen.
Pada 2017, E! menandatangani kontrak dengan keluarga terkenal tersebut untuk menyambung rancangan berkenaan untuk tiga tahun.
Pada ketika itu, sumber dalaman memberitahu Variety bahawa perjanjian untuk memperbaharui siri tersebut bernilai ‘di bawah US$ 100 juta, walapun laporan lain menyatakan bahawa perjanjian berkenaan bernilai sehingga US$ 150 juta.
‘KUWTK’ yang ditayangkan buat pertama kali pada 2007 menjadi pendukung E! dan melahirkan beberapa siri ‘spin-off’.
Ia memberikan keluarga popular tersebut sebuah platform untuk menceburi pelbagai perniagaan yang berjaya, termasuk fesyen, alat solek dan kecantikan serta permainan video.
Sebelum popular menerusi rancangan reality ‘KUWTK’, Kim pernah bekerja sebagai jurugaya untuk selebriti terkenal, Paris Hilton yang juga merupakan teman rapatnya ketika itu.
Isabelle Leong
Wed Sep 09 2020

‘KUWTK’ yang ditayangkan buat pertama kali pada 2007 menjadi pendukung E! dan melahirkan beberapa siri ‘spin-off’. - Instagram/@kimkardashian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

'Keeping up with the Kardashians' berakhir selepas 20 musim
Bintang popular, Kim Kardashian West menerusi satu entri di laman Instagram rasminya pada Rabu berkata keputusan untuk menamatkan rancangan terbitan E! tersebut dibuat ahli keluarga Kardashian-Jenner.

Carian MH370 berakhir tanpa sebarang penemuan
Ia ekoran misi pencarian yang diketuai Australia meliputi 120,000 kilometer persegi di Selatan Lautan Hindi tidak menemui pesawat berkenaan.

Terima kenyataan pencarian MH370 pasti berakhir - Prof Dr Azmi
Keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak setahun lalu perlu menerima kenyataan bahawa pencarian pesawat itu pasti berakhir satu hari nanti.