Kata Haqiem, 20, menjadi adat untuk orang awam masa kini mudah membuat penilaian apabila timbul sesuatu isu namun dia terkilan apabila sikap berhemahnya di media sosial tidak menjadi contoh kepada pihak lain.
"Normallah orang kena bash apabila seseorang buat silap. Tetapi saya sangat berkecil hati apabila ada rakan-rakan artis yang bash saya sekali, sedih saya.
"Saya tak pernah kacau orang, tak pernah perli orang, kenapa perlu bash? Padahal boleh cakap depan-depan.
"Sebab kita akan jumpa juga nanti, pusing-pusing dalam industri ini pasti akan jumpa balik," katanya menerusi temuramah di ERA bersama Nabil Ahmad.
Dalam rakaman video ketika sesi temuramah itu, Haqiem akui tidak menyimpan dendam malah memaafkan individu berkenaan.
"Saya kecil hati tapi maafkanlah. Saya tak kacau orang, tak pernah tweet apa-apa pasal orang lain.
"Nasihat saya untuk artis baharu, buatlah baik dengan orang dan jangan kacau orang," tambahnya.