PELAKON Nora Danish menafikan laporan mengatakan kafe miliknya Kopi & XOXO yang dibuka bersama rakan kongsinya ditutup kerana tidak mampu membayar sewa.
“Bukan tak mampu bayar sewa tapi sebenarnya bangunan itu peniagaan utamanya bukan lebih kepada makanan.
“Jadi apabila butik Ramoda sudah tidak lagi beroperasi, kami terpaksa tutup sebab sebelum ini kafe kami hanya menumpang pada lot kedai butik tersebut.
“Kami rasa seperti tidak berbaloi nak sewa keseluruhan lot tersebut untuk teruskan perniagaan di sana, jadi kami ambil keputusan untuk tutup saja.
“Selepas itu baru-baru ini kami dah buka dua cawangan baru Kopi & XOXO di lokasi yang lebih sesuai iaitu di Bangi dan Taman Tun Dr Ismail.
“Secara logiknya kalau tak mampu bayar takkanlah kami boleh buka lagi dua kafe,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Jurassic World versi Bahasa Melayu yang diadakan Le Meridien Kuala Lumpur baru-baru ini.
Jelas Nora lagi, buat masa ini dia agak sibuk dan banyak menghabiskan masa di kafe bekenaan.
“Banyak habiskan masa dekat kafe sebab nak promosikan kafe berkenaan, saya dan rakan kongsi yang lain akan bergilir-gilir berada di dua cawangan tersebut.
“Alhamdulillah, setakat ini pelanggan di dua loaksi ini amat memberangsangkan berbanding di Bangsar dulu.
“Ketika di Bangsar, disebabkan lokasinya tidak bersesuaian, pelanggan kami menghadapi masalah untuk mendapatkan tempat letak kereta.
“Untuk Raya nanti kafe kami akan ditutup sementara dan dibuka semula seminggu selepas Raya,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Nora merupakan antara salah seorang selebriti tempatan yang terlibat dalam alih suara filem Jurassic World dan membawakan watak sebagai Claire.
Jurassic Park bakal disiarkan dalam versi Bahasa Melayu pada 6 Julai depan sempena Hari Raya Aidilfitri bermula jam 9.00 malam di HBO (saluran 411) dan HBO HD (saluran 413).
Selain Nora, selebriti yang terlibat ialah Fahrin Ahmad, Izzue Islam, Nabil Ahmad, Hisyam Hamid, Farah Fauzana, Bront Palarae, Akhmal Nazri dan ramai lagi.
Gempak
Mon Jun 20 2016

Nora merupakan antara salah seorang selebriti tempatan yang terlibat dalam alih suara filem Jurassic World dan membawakan watak sebagai Claire. - Foto Astro Gempak

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Wanita gugur tuntutan mahkamah terhadap Mike Tyson atas kesalahan rogol
Seorang wanita yang menuduh Mike Tyson merogolnya dalam limosin pada 1991 telah menggugurkan tuntutan mahkamah terhadapnya.
Pantau Belanjawan: Sejauh mana kesediaan Malaysia untuk peralihan kepada tenaga nuklear?
Sekurang-kurangnya lapan protokol atau konvensyen penting yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu ditandatangani dan disahkan sebelum Malaysia dapat meneroka penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik. Apakah langkah yang telah diambil, dan apakah cabaran yang kekal dalam memenuhi piawaian nuklear antarabangsa? Kupasan lanjut bersama Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM, Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.

Belon helium meletup: 8 termasuk kanak-kanak maut dalam kebakaran kafe di Iran
Lapan orang terkorban dalam kebakaran yang berlaku lewat Selasa di Tehran, ibu negara Iran.

Singapore cryptocurrency cafe launches as regulators sound warnings
The cafe is the first in the city-state to be owned and operated by a business promoting its own digital coin.

Kalau tak mampu, takkan boleh buka lagi dua kafe? - Nora Danish
Pelakon Nora Danish menafikan laporan mengatakan kafe miliknya Kopi & XOXO yang dibuka bersama rakan kongsinya ditutup kerana tidak mampu membayar sewa.