SEJAK beberapa minggu lalu pengguna platform terutama di Twitter heboh dengan trend yang digelar Artist Malaysia Nicest & Rudest.
Trend ini menyaksikan warganet meletakkan dua keping gambar selebriti yang satunya digelar nice atau baik sementara satu lagi 'rude' atau biadab.
Mengaku baru sedar tentang trend tersebut, Datuk Seri Siti Nurhaliza selaku pesohor senior dan mempunyai peminat dalam pelbagai lapisan masyarakat diminta memberi pandangan terhadap trend yang menjadi ikutan itu.
“Pada saya ini tidak adil dan kita tidak boleh menilai orang dari kali pertama berjumpa.
"Mungkin pada waktu itu keadaan tidak mengizinkan atau ada masalah dan mungkin pertama kali jumpa tak okey, namun pada pertemuan lainnya akan okey.
“Jadi misalnya untuk 'for fun' (suka-suka) pun 'tak fun' kerana ada perkataan 'rude' atau biadab tu,” komen Siti sewaktu ditemui dalam sidang media David Foster & Friends yang diadakan di Heritage Club, The Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Penyanyi "Biarlah Rahsia" itu bagaimanapun faham sebagai selebriti atau 'public figure' kehidupan mereka akan selalu diperhatikan dan menjadi tumpuan. Namun sebagai manusia biasa, selebriti juga melakukan kesalahan dan punya kekurangan.
“Zaman media sosial semua orang boleh cakap apa saja tapi kenali dan jangan jatuh tanggapan.
“Walaupun artis, kita manusia ada hati dan perasaan. Dalam kerjaya kita telah meletakkan diri sebagai 'public figure', orang menilai tapi jangan biarkan orang menilai kita dengan mudah.
“Kita manusia biasa, buat salah. Saya pun ada kurang, khilaf.
"Misalnya sewaktu bertemu peminat kita sedang 'bad mood' atau memang ada hal penting, tolak dengan baik supaya orang tidak menilai kita dengan buruk. Jaga akhlak,” pesan figura yang mempunyai kelab peminat, SitiZoners. -Gempak
Gempak
Thu Jun 08 2023

SITI NURHALIZA: Mungkin pada waktu itu keadaan tidak mengizinkan atau ada masalah dan mungkin pertama kali jumpa tak okey, namun pada pertemuan lainnya akan okey. -Gempak

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Umairah kini artis naungan syarikat milik Siti Nurhaliza, SN Legacy
Penyanyi remaja, Ummi Umairah kini artis di bawah pengurusan syarikat milik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, SN Legacy.

Siti Nurhaliza tidak endah kecaman, berazam buat yang terbaik
Meskipun bersyukur dengan penghormatan yang diberikan, penyanyi nombor satu negara itu mengakui kekok dengan gelaran tersebut dan lebih selesa dipanggil dengan namanya sendiri, Siti Nurhaliza.

'Selalu cabar diri, cipta nama di luar negara' - Nasihat Siti Nurhaliza buat pelapis baharu
Siti menasihati penyanyi untuk berani mencuba pelbagai jenis genre dan teknik nyanyian bagi menunjukkan kebolehan mereka dan membuka lebih banyak peluang.

Lebar sayap ke Indonesia, Aina Abdul tidak mengalah
Penyanyi, Aina Abdul mengakui kesempatan untuk menempa nama di negara orang adalah merupakan satu impian untuk setiap anak seni.

Pengurus kongsi reaksi pertama Siti Nurhaliza ketika terima berita anugerah Biduanita Negara
Menerusi video berdurasi 2 min 21 saat itu, Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin kelihatan terkejut ketika membaca ucapan yang diterimanya daripada MOTAC Okt lalu.

'Penghormatan besar' - Faizal Tahir teruja jadi artis jemputan konsert Siti Nurhaliza & Judika
Beliau menyatakan rasa terujanya untuk berkongsi pentas dengan dua bintang besar ini dan berharap agar penonton dapat merasai keunikan dan semangat muzik yang dibawanya.

Fahmi ucap tahniah kepada Siti Nurhaliza atas penganugerahan Biduanita Negara
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin yang diiktiraf Biduanita Negara.

Diiktiraf Biduanita Negara 2024, Siti Nurhaliza iltizam angkat seni negara
Siti Nurhaliza anggap Anugerah Biduanita Negara antara pengiktirafan terbesar dalam kerjaya seninya hampir 30 tahun.

Siti Nurhaliza dianugerahkan gelaran Biduanita Negara
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara.

Siti Nurhaliza beri bayangan bakal buat ‘kejutan’ sempena 30 tahun dalam industri
Selepas tonton filem dokumentari Rossa, Siti Nurhaliza dapat inspirasi untuk berkongsi kisah perjalanan seninya.