PELAKON cantik Sarah Hildebrand memberitahu dia tidak pernah dimaklumkan bahawa bekas kekasihnya, Nabil Mahir sudah membeli cincin untuk melamarnya.

Kata Sarah, seandainya Nabil memberikan petunjuk untuk melangkah ke fasa serius bersamanya, mungkin keputusan mereka untuk berpisah akan berbeza.

"Saya tidak tahu pun pasal benda itu (beli cincin), mungkin kalau diberitahu atau ada hint-hint, mungkin akan ada pengakhiran berbeza.

"Tetapi buat masa sekarang ini, perkara sudah jadi begini dan tak boleh buat apa-apalah," katanya memetik laporan Melodi baru-baru ini.

Saya berharap temubual bersama @melodiTV3 di @TV3malaysia semalam dapat menjawab pelbagai spekulasi liar tentang diri saya diluar sana. Saya mahu menekankan untuk terakhir kali yang tidak pernah wujudnya orang ketiga di dalam hal ini. Selain tidak mahu lagi memanjangkan isu ini, saya berharap soalan-soalan berkenaan hal ini tidak lagi ditanya. Jika diikutkan hati, terlalu banyak yang boleh dan mahu diperkatakan kepada umum tetapi saya memilih untuk tidak menceritakan segala-galanya demi menjaga nama baik pihak yang terlibat. You can assume what you want, that's on you, but please, don't take sides. I'd rather look bad then make someone else look bad. Only God knows the truth. Terima kasih kerana memahami - Sarah Hildebrand

A post shared by Nur Sarah Marie Hildebrand (@sarahhildebrand) on


Hubungan Sarah dan Nabil berakhir selepas lima tahun bercinta.

Manakala, Nabil mendedahkan telah membelikan sebentuk cincin buat Sarah untuk melamarnya sebelum hubungan mereka putus.

Sarah juga menafikan khabar angin wujud individu ketiga yang menjadi penyebab mereka putus.

"Saya tak nak besarkan isu ini, just keep it simple. Saya nak move on dan tak nak cakap buruk pasal orang," tambahnya.