PENYANYI dan pelakon Jeslina Hashim selamat bergelar isteri kepada kerabat Diraja Negeri Sembilan iaitu Tunku Eddy Nasruan.

Perkara itu dikongsikan Jeslina menerusi hantaran di Instagramnya pada Sabtu.

“100822024 (tarikh 10 Ogos 2024),” tulisnya ringkas.

Selain itu, sepupu kepada Eddy iaitu Tengku Alana turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu dalam majlis pernikahan mereka.

“Tahniah kepada sepupu saya Eddy dan sepupu baharu Jeslina.

“Semoga kamu berdua berbahagia dan terima kasih kerana menjemput kami,” katanya.

Pada 1 November tahun lalu, Tunku Eddy memuat naik sebuah hantaran meluahkan rasa bahagia bersama Jeslina dan memberitahu tarikh ulang tahun perhubungan mereka bakal bertukar pada tahun ini.

Untuk rekod, Jeslina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005, namun bercerai pada Mac 2013.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Micah, 16, dan Keira, 14 tahun.

Untuk info, Tunku Eddy merupakan cucunda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tuanku Ja'afar dan Tunku Ampuan Najihah. -Gempak