KLANG:Kesihatan pelawak veteran, Datuk Jamalai Shadat atau lebih dikenali sebagai Jamali Shadat, 78, yang dilaporkan merosot beberapa hari lalu, kini semakin pulih.
Menurut anaknya, Fauzi Jamalai, 48, sejak tiga hari lalu, ayahnya tidak mahu menjamah sebarang makanan dan hanya berbaring di atas katil.
Malah, Fauzi berkata, dia juga terpaksa memanggil doktor ke rumahnya di Pulau Indah di sini bagi melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas ayahnya itu.
"Doktor terpaksa menggunakan drip bagi memasukkan air ke dalam badan ayah selepas dia tidak mahu makan sejak tiga hari lalu.
"Alhamdulillah, keadaan ayah semakin pulih kini dan dia juga sudah ada sedikit selera makan semalam (Ahad)," katanya kepada Sinar Harian selepas menerima kunjungan daripada Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) di rumahnya pada Isnin.
Sementara itu, Fauzi berkata, sejak pemergian ibunya, Lela Yacob yang meninggal dunia akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018, keadaan kesihatan ayahnya itu mula merosot, malah dia juga tidak lagi seceria dahulu.
Selain itu, katanya, Jamali juga seolah-olah seperti hilang semangat dan lebih banyak termenung seorang diri.
"Sejak emak meninggal, ayah tak banyak cakap. Sekitar tahun 2019, pertuturan dia mula tidak jelas seperti biasa," katanya.
Dalam pada itu, Fauzi mamaklumkan bahawa Jamali yang popular dengan karekter ‘Atan’ itu tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit kronik dan hanya menghidap darah tinggi serta kencing manis yang terkawal.
Malah, anak keenam daripada lapan cahaya mata itu berkata, sehingga kini, ayahnya masih melakukan pemeriksaan rutin setiap tiga bulan di sebuah klinik swasta sekitar Pulau Indah.
"Alhamdulillah, sebelum ini, banyak pihak tampil membantu terdiri daripada persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) selepas mereka mengetahui mengenai keadaan ayah," katanya.
Mana-mana pihak yang ingin menyampaikan sumbangan boleh menghubungi Fauzi di talian 013-313 5683 atau menerusi akaun 220701117814 (Bank Rakyat) atas nama Jamalai Shadat.
Sinar Harian
Mon Jan 25 2021
![Jamali Shadat semakin pulih, sudah ada selera makan Jamali Shadat semakin pulih, sudah ada selera makan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611563745_JamaliShadat.jpg)
amali Shadat menerima kunjungan Exco Pemadam di rumahnya di Pulau Indah, Klang. Jamali pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Pemadam Daerah Klang. - Foto Sinar Harian
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pelawak veteran, Jamali Shadat meninggal dunia Pelawak veteran, Jamali Shadat meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612328599_JamaliShadat.jpg)
Pelawak veteran, Jamali Shadat meninggal dunia
Pelawak veteran, Datuk Jamali Shadat, 78 tahun, meninggal dunia hari ini.
![Jamali Shadat semakin pulih, sudah ada selera makan Jamali Shadat semakin pulih, sudah ada selera makan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611563745_JamaliShadat.jpg)
Jamali Shadat semakin pulih, sudah ada selera makan
Jamali juga seolah-olah seperti hilang semangat dan lebih banyak termenung seorang diri.
![Pak Pie selamat dikebumikan Pak Pie selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/81471002870_PengebumianPakPiee.jpg)
Pak Pie selamat dikebumikan
Pelawak dan pelakon veteran Pie atau nama sebenarnya Shaffii Jaafar, 85, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Teluk Bahang, Pulau Pinang.
![Pelawak veteran Pie meninggal dunia Pelawak veteran Pie meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/61470925859_PakPiee.jpg)
Pelawak veteran Pie meninggal dunia
Pie pernah membintangi beberapa filem termasuk Anak Mami, Mami Jarum, Mami Jarum Junior dan Nana Tanjung.