SETELAH sekian lama menanti, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal melancarkan album terbaharu berjudul Sitism.
Menurut Siti, album tersebut membawa tema merentas zaman yang menggabungkan muzik zaman dahulu, hari ini dan masa hadapan.
“Merentas zaman, tentang dahulu, hari ini dan masa hadapan, audio dan visual bergerak seiringan.
“Album Sitism tampil dengan imej dan visual cyber retro futurism.
"Dapatkan album terbaharu Dato’ Seri Siti Nurhaliza di seluruh platform digital pada 30 Jun 2023 ini,” tulisnya di Instagram.
Menerusi hantaran sama, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut berkongsi ‘teaser’ album tersebut yang memaparkan dirinya mengenakan sepersalinan dan ‘headphone’ berperincian.
Bagaimanapun, perkongsian itu seolah-olah telah mengundang rasa kurang senang individu yang mendakwa tema tersebut tidak sesuai dengan imej Siti yang memenang gelaran sebagai artis ternama.
“Sitism katanya. Bila search dekat Google keluar autism. Imej dan visual cyber retro futurism.
"Kau dah level penyanyi yang ada nama. Bukan level kamu keluarkan album dengan imej dan visual macam ni.
“Siapa lahanat yang sarankan penyanyi bernombor keluar album dengan konsep macam ni?” tulis akaun terbabit pada ruangan kapsyen.
Malah, individu sama turut mempersenda aksesori di kepala yang dikenakan Siti untuk album terbaharunya itu.
“Yang dekat kepala tu device untuk treatment orang mental problem, kan?” katanya lagi.
Lalu, Siti memberikan reaksinya menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di Instagram Stories.
“Cantik bahasa kakak-kakak ni. Kita bagi SKMM check kejap,” tulis Siti ringkas.
Terdahulu, Siti bakal melancarkan album terbaharunya itu semua platform penstriman pada 30 Jun depan. -Media Hiburan
Sumber dan Kredit Foto: Instagram Siti Nurhaliza
Gempak
Wed Jun 28 2023

Menurut Siti, album tersebut membawa tema merentas zaman yang menggabungkan muzik zaman dahulu, hari ini dan masa hadapan. -Gempak

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Wanita gugur tuntutan mahkamah terhadap Mike Tyson atas kesalahan rogol
Seorang wanita yang menuduh Mike Tyson merogolnya dalam limosin pada 1991 telah menggugurkan tuntutan mahkamah terhadapnya.
Pantau Belanjawan: Sejauh mana kesediaan Malaysia untuk peralihan kepada tenaga nuklear?
Sekurang-kurangnya lapan protokol atau konvensyen penting yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu ditandatangani dan disahkan sebelum Malaysia dapat meneroka penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik. Apakah langkah yang telah diambil, dan apakah cabaran yang kekal dalam memenuhi piawaian nuklear antarabangsa? Kupasan lanjut bersama Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM, Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.

Dari Lipis ke Istana Buckingham, lagu nyanyian Siti Nurhaliza antara pilihan Raja Charles III
Lagu Anta Permana yang diluncurkan pada tahun 2018 membuat kemunculan pada minit ke-43.

Terkhilaf promosi produk, Siti Nurhaliza mohon maaf
Terkhilaf mempromosi produk berasas nikotin di sosial media miliknya, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tampil memohon maaf.

Umairah kini artis naungan syarikat milik Siti Nurhaliza, SN Legacy
Penyanyi remaja, Ummi Umairah kini artis di bawah pengurusan syarikat milik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, SN Legacy.

Siti Nurhaliza tidak endah kecaman, berazam buat yang terbaik
Meskipun bersyukur dengan penghormatan yang diberikan, penyanyi nombor satu negara itu mengakui kekok dengan gelaran tersebut dan lebih selesa dipanggil dengan namanya sendiri, Siti Nurhaliza.

'Selalu cabar diri, cipta nama di luar negara' - Nasihat Siti Nurhaliza buat pelapis baharu
Siti menasihati penyanyi untuk berani mencuba pelbagai jenis genre dan teknik nyanyian bagi menunjukkan kebolehan mereka dan membuka lebih banyak peluang.

Lebar sayap ke Indonesia, Aina Abdul tidak mengalah
Penyanyi, Aina Abdul mengakui kesempatan untuk menempa nama di negara orang adalah merupakan satu impian untuk setiap anak seni.

Pengurus kongsi reaksi pertama Siti Nurhaliza ketika terima berita anugerah Biduanita Negara
Menerusi video berdurasi 2 min 21 saat itu, Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin kelihatan terkejut ketika membaca ucapan yang diterimanya daripada MOTAC Okt lalu.

'Penghormatan besar' - Faizal Tahir teruja jadi artis jemputan konsert Siti Nurhaliza & Judika
Beliau menyatakan rasa terujanya untuk berkongsi pentas dengan dua bintang besar ini dan berharap agar penonton dapat merasai keunikan dan semangat muzik yang dibawanya.

Fahmi ucap tahniah kepada Siti Nurhaliza atas penganugerahan Biduanita Negara
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin yang diiktiraf Biduanita Negara.

Diiktiraf Biduanita Negara 2024, Siti Nurhaliza iltizam angkat seni negara
Siti Nurhaliza anggap Anugerah Biduanita Negara antara pengiktirafan terbesar dalam kerjaya seninya hampir 30 tahun.