PESOHOR seni Indonesia, Dian Sastrowardoyo diketahui dalam kalangan masyarakat dan peminatnya sebagai seorang aktres mualaf.
Dian yang dulunya menganut agama Katolik memeluk Islam sekitar 20 tahun lalu.
Selepas lebih sedekad memeluk Islam, Dian berkongsi cerita mengenai perjalanannya mengenal banyak agama sehingga akhirnya memilih Islam sebagai pegangan hidup.
Menerusi artikel yang disiarkan Viva.co.id, Dian dipetik dari salah satu siaran di saluran YouTube mengaku beliau memeluk Islam selepas mengenal hampir semua agama.
“Saya tumbuh dalam keluarga Katolik. Ibu saya Katolik. Tapi saya punya keinginan yang kuat untuk mengenal pelbagai jenis agama.
“Jadi saya ambil tahu dan belajar mengenai agama Buddha dan Hindu sehingga yang terakhir saya bertemu guru untuk mendalami Islam,” akui bintang filem 'Ada Apa Dengan Cinta' itu.
Dian kemudian menambah pernah menyangka Islam sebagai sebuah agama yang kejam sehingga beliau benar-benar memahami konsep dan jatuh cinta dengan keindahannya.
“Dulu saya kira Islam agama yang kejam. Tapi selepas saya bertemu guru agama dan mengenal serta mendalami Islam, ternyata agama ini tidak kejam.
"Tapi Islam penuh dengan cinta,” akuinya.
Lantaran itu Dian pun bulat hati untuk memeluk Islam. Dian mengatakan hal pertama yang beliau pelajari adalah solat sehingga mantap mengucap dua kalimat syahadat.
“Saya mula belajar solat dan mengucap syahadah pada malam Israk Mikraj tahun 2002.
“Mulanya saya bimbang, terutama bagaimana jika ibu tahu saya peluk Islam. Ramai juga yang ingat saya peluk Islam sebab waktu itu sedang bercinta dengan kekasih seorang Muslim.
“Tapi saya lihat ke dalam hati, apa yang saya yakini dan tidak takut dengan keputusan yang telah diambil,” jelasnya lagi.
Malah kini Dian yang sudah 20 tahun memeluk Islam dilihat sangat tekun menjalani ibadah termasuk khatam Al Quran setiap kali bulan Ramadan.
Instagram: @therealdisastr
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Tue Apr 26 2022
Dian berkongsi cerita mengenai perjalanannya mengenal banyak agama sehingga akhirnya memilih Islam sebagai pegangan hidup. -Gempak
Peluru berpandu dari Yaman berjaya dipintas tentera Zionis
Tentera Israel mendakwa berjaya memintas sebuah peluru berpandu yang dilepaskan dari Yaman pada awal Rabu.
Warga Gaza berharap kerakusan Zionis berakhir
Di sebalik konflik yang berterusan, penduduk Gaza yang beragama Kristian tidak ketinggalan menyertai upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Krismas.
Warga Palestin tidak boleh putus harapan untuk terus hidup
Bercakap semasa sambutan perayaan Krismas, Datuk Bandar Betlehem, Anton Salman berkata, tanpa harapan, sudah pasti sukar untuk meneruskan kehidupan di sebalik kezaliman yang didepani mereka.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Keterangan pemandu berusia 31 tahun itu diambil bagi membantu siasatan kemungkinan wujud kecuaian yang mengakibatkan tayar hadapan lori terbabit tercabut.
Nahas Ayer Keroh: Tujuh masih dirawat, dua ditempatkan di ICU
Tujuh mangsa kemalangan ngeri melibatkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Ayer Keroh masih dirawat di Hospital Melaka dengan dua daripadanya ditempatkan di unit rawatab rapi (ICU).
Nahas Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Polis telah merakam keterangan pemandu lori yang terlibat dengan nahas ngeri mengorbankan tujuh individu di kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, pada Selasa.
AWANI Ringkas: Tarian mencolok mata, penganjur dikompaun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir kembali landa Raub, Lipis
Dua kampung terjejas di Lipis adalah Kampung Beletik dan Kampung Lubuk Kulit, dengan 18 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di dua PPS.
PBB rayu bantuan segera untuk hospital di utara Gaza
Rayuan itu dibuat pada Selasa, membabitkan bekalan makanan dan air yang sangat diperlukan, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA).
Polis tempatkan 40 anggota pastikan kelancaran hukuman sebat
Azli berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mencetuskan provokasi kepada petugas atau pesalah.
Demi watak 'Jeng Yah', Dian hidup dalam pengasingan selama 6 bulan
Dian berhenti bersosial, berhenti berlari dan bermain tenis yang sangat disukai kerana ingin melatih badan menjadi seperti di era itu.
Dian Sastrowardoyo kini bergelar pensyarah
Dian menjadi pensyarah jemputan yang mengajar atau membimbing mahasiswa dua kali dalam satu semester di Universiti Indonesia.
Berkata tidak kepada orang buat Nicholas Saputra rasa 'sangat berkuasa'
'Rahsia' kehidupan Nicholas kekal privasi adalah dengan mengatakan tidak kepada banyak pelawaan atau permintaan yang datang.
Enggan bergambar bersama peminat? Dian Sastrowardoyo tak peduli dilabel sombong
Tidak menafikan hal tersebut, Dian mengaku menolak banyak permintaan peminat untuk bergambar sama kerana satu prinsip.
'Islam penuh dengan cinta' - Dian Sastrowardoyo dedah pernah anggap Islam agama kejam
Dian berkongsi cerita mengenai perjalanannya mengenal banyak agama sehingga akhirnya memilih Islam sebagai pegangan hidup.
Selepas bapa meninggal dunia, Dian Sastrowardoyo terfikir untuk bunuh diri
Ayahnya meninggal dunia pada 1995 dan beberapa hari sebelum itu terjadi, ibunya pula ke luar negara untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana.
Ceritalah ASEAN - Ada Apa Dengan Cinta: Lebih daripada sebuah filem
Kedua-dua filem romantik komedi anak muda ini sudah pun menjadi ikonik dan dikait rapat dengan identiti pasca-Reformasi Indonesia.
Apa jadi pada Cinta dan Rangga? Trailer baru Ada Apa Dengan Cinta 2 didedahkan
Filem lakonan Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo itu bakal menemui para peminat di Malaysia pada 28 April ini.
Teaser 'Ada Apa Dengan Cinta 2' dilancar
Filem tersebut yang masih mengekalkan Nicolas Saputra dan Dian Sastrowardoyo sebagai teraju utama, bakal menemui penonton pada April 2016.
Sekuel 'Ada Apa Dengan Cinta' akhirnya direalisasikan
Dian Sastrowardoyo, di laman Instagram, cukup teruja mengumumkan penggambaran filem berkenaan yang akan bermula hari ini.