PELAKON dan penyanyi Fazura menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dirinya meletakkan syarat konon penampilannya dan suami, Fattah Amin sebagai penyampai trofi pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-30, Sabtu lalu, adalah atas permintaan peribadi.
Menurut laporan Berita Harian Online, Fazura menjelaskan dia tidak pernah membuat ketetapan untuk menjadi penyampai trofi jika syarat digandingkan dengan Fattah dipatuhi penganjur, pada malam kemuncak anugerah berprestij itu.
Memetik laporan portal Berita Harian, Fazura yang tampil dengan Fattah menyampaikan trofi kategori Anugerah Khas Juri menjelaskan, dia dan suami masing-masing mendapat undangan rasmi sebagai penyampai trofi.
Tambah Fazura, mengikut perancangan dan komunikasi dengan pihak terbabit, mereka akan tampil dalam slot berasingan.
Namun, dakwa Fazura, ketika menunggu giliran di belakang pentas, mereka didatangi dua petugas produksi yang meminta dia dan Fattah untuk bersama-sama naik ke pentas menyerahkan trofi.
Dalam kekalutan itu, Fazura menambah, dia dan Fattah sempat berlatih skrip, biarpun dimaklumkan pada saat-saat akhir. Fazura mendakwa, mereka diberitahu kehadiran Fattah bersamanya adalah elemen kejutan untuk acara itu.
“Saya terkejut apabila ada blog melaporkan kononnya saya mengenakan syarat kepada penganjur iaitu kalau mahu ambil saya sebagai penyampai trofi, saya mesti digandingkan dengan Fattah.
“Dakwaan mengatakan saya hanya akan muncul jika Fattah menemani saya adalah tidak benar sama sekali. Ini adalah tuduhan yang berat kerana sebagai selebriti yang sudah 17 tahun berkecimpung dalam industri, saya tahu prosedur majlis atau acara seperti FFM,” katanya.
Rentetan insiden itu, Fazura mendakwa, dia menerima mesej melalui kiriman WhatsApp daripada pengarah dan pelakon, Datuk Hans Isaac yang menyatakan rasa kecewa atas apa yang berlaku, terutama permintaan Fazura untuk digandingkan dengan Fattah yang disifatkannya tidak mengikut tema slot berkenaan.
“Saya terkejut menerima mesej daripada Hans, pagi tadi yang mendakwa dia ialah individu yang meluluskan senarai penyampai trofi dan artis yang membuat persembahan pada malam itu. Saya dituduh membuat keputusan sendiri dan tidak menghormati artis lain yang layak naik ke pentas.
“Tuduhan itu tidak berasas... Perkara ini perlu dijelaskan kerana sudah tular dan memberi reputasi tidak baik terhadap saya dan suami,” katanya.
Sehubungan itu, Fazura meminta Hans memohon maaf kepada dia dan Fattah bagi membersihkan namanya daripada tuduhan yang disifatkan melulu itu.
“Dalam mesej itu, Hans ada menyebut Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Idham Ahmad Nadzri... Saya serahkan kepada Hans kerana sepatutnya dia memohon maaf kepada saya dan suami,” katanya.
Gempak
Tue Apr 02 2019

Apa tuduhan berat sangat? - Foto Astro GEMPAK

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

'Semoga bukan anugerah kesian..' - Watak Ustaz Hamadi beri Azhan kemenangan lagi
Pelakon yang terkenal dengan watak Ustaz Hamadi ini mengharapkan lebih banyak kemajuan dalam penulisan bagi menghasilkan sebuah karya yang baik.