TIDAK lama lagi putera kesayangan ramai, Sultan Brunei Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah bakal melangsungkan perkahwinan dengan Dayang Anisha Rosnah Adam.
Berita itu ternyata disambut baik oleh seluruh rakyat dan juga netizen yang tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah kepada pasangan diraja ini.
Memiliki paras tampan dan tubuh sasa, sudah pasti anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz ini menjadi perhatian ramai.
Terutamanya tentang siapa gerangan yang bakal menjadi surihati Putera idaman ramai wanita ini.
Jadi Gempak kongsikan serba sedikit trivia mengenai wanita cantik bernama Dayang Anisha Rosnah Adam.
1. Pengantin perempuan merupakan cucu kepada penasihat sultan yang berpengaruh di Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Dato Awang Isa Awang Ibrahim.
2. Datuknya juga merupakan seorang Manteri, iaitu golongan pembesar diraja, dengan gelaran ‘Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja’.
3. Pada November 1974 hingga Januari 1984, Datuk Anisha juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Pengasas Syarikat Penerbangan Royal Brunei yang diasaskannya.
4. Mungkin ada yang tidak tahu sebenarnya abang kandung Anisha yang dikenali dengan nama Danial Deen Isa Kalebic, merupakan sahabat rapat Mateen.
5. Anisha juga adalah graduan universiti popular di England dan memiliki perniagaan fesyennya yang tersendiri di beri nama Slik Collective.
6. Pemilik wajah cantik ini juga dikatakan memiliki perniagaan bersama rakan baiknya yang diberi nama Aunthentirary yang merupakan perniagaan sektor pelancongan.
7. Tidak hanya memiliki wajah yang cantik, Anisha juga suka memasak. Malah wanita anggun ini juga memiliki akaun Instagram yang didedikasikan khas untuk hobi memasaknya.
Kali terakhir Anisha memuat naik video adalah tentang cara membuat kek pandan. Ehem.. Mateen pun like tau video tu.
8. Sama seperti bakal suaminya, Anisha juga seorang yang suka bersenam. Patutlah cantik sentiasa Anisha ini kan. Memang nampak secocok sangat dengan Mateen.
Untuk info, istiadat perkahwinan pasangan diraja ini akan berlangsung selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari tahun depan.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Gempak
Sun Oct 08 2023

Istiadat perkahwinan Putera Mateen dan Dayang Anisha akan berlangsung selama 10 hari bermula 7 Januari 2024. - Foto Gempak

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Ini lapan fakta menarik Dayang Anisha, bakal isteri Putera Mateen
Istiadat perkahwinan Putera Mateen dan Dayang Anisha akan berlangsung selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari.