PELAKON senior, Kamal Bakar, 62, kini ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Melaka disebabkan kekurangan oksigen dalam badan berpunca daripada masalah paru-paru yang dihidapi.
Anaknya yang juga pelakon, Hanis Kamaruldzaman, 35, berkata, bapanya itu mula menunjukkan perubahan pada petang Isnin apabila hanya mendiamkan diri dan tidak banyak bercakap.
Akibat bimbang dengan keadaan tersebut, dia kemudian menghubungi ambulans sebelum dibawa ke hospital.
“Ayah saya sekarang masih ditidurkan sejak malam Isnin kelmarin. Pihak hospital sedang sedaya upaya mengesan masalah paru-paru yang dialami itu adakah disebabkan kanser yang dihidap atau jangkitan kuman.
“Dia ditidurkan berpunca daripada oksigen drop. Dia mulanya sesak nafas sewaktu di rumah.
Pada petang Isnin itu dia macam dah nampak lain, bila kita panggil nama dia, dia diam sahaja dan tidak menyahut. Tetapi mulut bergerak macam sedang berzikir.
“Kemudian panggil ambulans, doktor sampai rumah tengok keadaan ayah semua dan mendapati oksigen rendah dan terus bawa ke hospital,” katanya.
“Tambah Hanis, doktor kemudian mengambil keputusan untuk menidurkan bapanya selepas dia meracau disebabkan oksigen yang dibekalkan masih tidak mencukupi.
“Di hospital, doktor kata, pada satu tahap ayah macam dah meracau. Maknanya bantuan pernafasan yang diberikan tidak cukup, oksigen yang diterima tidak cukup.
"Pihak hospital ambil keputusan untuk tidurkan ayah,” kongsinya.
Hanis menambah, masalah paru-paru yang dihidapi bapanya mula dikesan sejak Mac lalu apabila dia kerap batuk.
Ujar Hanis, ibunya kemudian meminta bapanya menjalani pemeriksaan kesihatan penuh dan disahkan menghidap kanser paru-paru.
“Ayah sakit sebelum bulan puasa. Kami satu keluarga menganggap puncanya bermula daripada batuk.
"Tetapi dia susah sangat nak pergi hospital. Bila batuk hanya beli ubat di farmasi, sehingga masalah batuk itu berlanjutan selama dua bulan.
“Sampai satu tahap, saya paksa dia pergi klinik. Doktor kata sudah ada jangkitan kuman pada paru-paru disebabkan batuk terlalu lama.
"Kemudian bawa ke hospital dan dapatkan ubat. Mak saya minta ayah buat full check-up untuk kesan apa sebenarnya sakit dia.
“Selepas buat full medical check up, kesan ada ketumbuhan di bahagian dada dan usus.
"Selepas sampel diambil, doktor sahkan ada kanser di dada,” katanya. -Gempak
Gempak
Wed Jun 05 2024

Kamal (foto) kini ditidurkan di ICU di sebuah hospital di Melaka akibat kekurangan oksigen berpunca daripada masalah paru-paru dihidapinya. -Gempak

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Jenazah pelakon Kamal Bakar selamat dikebumikan
Jenazah pelakon veteran Kamal Bakar selamat dikebumikan di Taman Perkuburan Islam Bukit Baru kira-kira pukul 2.20 petang tadi.

Pelakon Kamal Bakar meninggal dunia
Allahyarham Kamal menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1 pagi di Hospital Melaka.

Hidap kanser paru-paru, pelakon Kamal Bakar ditidurkan di ICU
Hanis berkata bapanya mula menunjukkan perubahan pada petang Isnin apabila hanya mendiamkan diri dan tidak banyak bercakap.