Ringkasan AI
- Format sambungan HDMI 2.2 akan diperkenalkan secara rasmi sewaktu acara CES 2025 pada 6 Januari 2025.
- HDMI 2.2 dijangka memperkenalkan sokongan sambungan dengan kadar penghantaran data yang jauh lebih tinggi berbanding HDMI 2.1, yang kini menyokong kadar penghantaran data sepantas 48Gbps.
- DisplayPort 2.1a kini menyokong UHBR20 dengan kadar penghantaran data setinggi 80Gbps, menyokong paparan beresolusi 4K dengan kadar segar semula setinggi 240Hz.
Perkara ini kini disahkan oleh HDMI Licensing Administrator sendiri, dengan pengesahan bahawa ia akan diperkenalkan secara rasmi sewaktu acara CES 2025 yang akan berlangsung pada minggu hadapan.
Lebih menarik lagi, pengumuman ini akan dilakukan pada 10 pagi, 6 Januari 2025, beberapa jam sebelum acara ucap tama AMD, yang dijangka akan memperkenalkan sejumlah besar produk baharu, termasuklah kad grafik AMD Radeon RX 9000 mereka.
Format sambungan HDMI 2.2 ini diijangka akan memperkenalkan sokongan sambungan dengan kadar penghantaran data yang jauh lebih tinggi, khususnya apabila DisplayPort 2.1a kini sudah pun diperlihatkan dengan sokongan UHBR20 dengan kadar penghantaran data setinggi 80Gbps yang menyokong paparan beresolusi 4K dengan kadar segar semula setinggi 240Hz tanpa masalah.
Buat masa ini, sambungan HDMI 2.1 dilihat hadir dengan sokongan kadar penghantaran data sepantas 48Gbps yang cukup pantas untuk menyokong paparan 4K dengan kadar segar semula 120Hz. -Amanz