PENYANYI Hazami mendedahkan pernah berdepan dengan saat sukar dalam hidup apabila hilang punca pendapatan ketika negara dilanda pandemik COVID-19 dua tahun lalu.
Hazami atau nama lengkapnya Norkamal Hazami Ahmad, 47, memberitahu, dia terpaksa mengikat perut selepas duit simpanannya habis digunakan untuk membayar segala komitmen dan meneruskan hidup.
"Sebenarnya ramai tak tahu, saya sudah dua setengah tahun tiada 'job'. Saya salah seorang yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
"Bayangkan saya tiada duit nak makan, malah, rumah juga tidak berbayar sewa selama empat bulan. Sehinggakan duit dalam bank hanya tinggal RM200.
"Tapi saya tak mahu hebahkan kerana bagi saya ramai lagi yang susah masa tu. Saya diamkan sahaja dan kini, baru berkongsi," katanya kepada Gempak.
Penyanyi yang popular dengan lagu Katakanlah itu berkongsi perkara berkenaan selepas siding media program Terpaling Juara, Khamis lalu.
Paling menyedihkan, Hazami memberitahu dia hampir hendak menjual piano kesayangannya.
“Sampai satu tahap, saya hampir menjual piano kesayangan saya. Menangis-nangis saya sebab piano itu banyak kenangan sepanjang saya dalam bidang ini.
“Kalau dijual dapatlah juga duit antara RM2,800 hingga RM3,000. Tapi nasib baik saya tidak jadi menjualnya kerana tidak sanggup,” dedahnya lagi.
Bagaimanapun, dia bersyukur hidupanya kini sudah kembali stabil selepas mula menerima tawaran membuat persembahan pada awal tahun ini.
“Sekarang Alhamdulillah, saya sudah mula mendapat tawaran membuat persembahan sejak awal tahun sekitar bulan Februari lalu,” ujarnya.
Artikel asal disiarkan di Gempak.
Gempak
Mon Aug 15 2022
Semasa pandemik, duit simpanan habis digunakan Hazami untuk lunas komitmen dan pernah ada baki RM200 dalam akaun bank. - Gambar GEMPAK
Rapid Bus nafi iklan promosi perjalanan tanpa had Pas Mutiara
Pengendali perkhidmatan bas Rapid Penang, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) menafikan wujudnya tawaran promosi pas perjalanan tanpa had Pas Mutiara seperti yang disebarkan di media sosial baru-baru ini.
Produktiviti penjawat awam penentu kejayaan SSPA - KSN
Peningkatan gaji menerusi inisiatif berkenaan perlu disertakan dengan peningkatan mutu kerja, komitmen dan dedikasi penjawat awam.
Rusia mula henti hantar gas ke Austria
Bermula Sabtu, Rusia tidak akan lagi menghantar gas ke Austria melalui Ukraine, menandakan tamatnya aliran gas terakhir Moscow ke Eropah.
Banjir: Satu PPS dibuka di Perak
Semua mangsa dari Kampung Klah Baru yang terjejas banjir itu ditempatkan di PPS berkenaan sejak 12 tengah malam tadi.
100 hari pelantikan KSN: Shamsul Azri perkukuh agenda reformasi perkhidmatan awam
Dilantik secara rasmi pada 12 Ogos, beliau menerima arahan pertamanya pada malam pengumuman pelantikan pada 7 Ogos.
PM Anwar tiba di Brazil sempena lawatan rasmi, hadiri Sidang Kemuncak G20
Pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Pangkalan Tentera Udara Galeao Rio De Janeiro di Brazil pada pukul 10.24 malam 16 Nov waktu tempatan.
Haikal Hallo Fightlab tumbangkan Nong Ice Rodtang dengan TKO
Haikal pada mulanya agak gementar namun berjaya menenangkan diri dan yakin beliau mampu menewaskan Rodtang pada pertemuan pertama mereka.
#AWANIRingkas 17 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 17 November 2024
1️⃣ Selepas Peru, PM ke Brazil
2️⃣ Isu dua kerakyatan Malaysia dan Thailand
3️⃣ Gangguan bekalan air di Pulau Pinang
#awaniringkas
1️⃣ Selepas Peru, PM ke Brazil
2️⃣ Isu dua kerakyatan Malaysia dan Thailand
3️⃣ Gangguan bekalan air di Pulau Pinang
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Selepas Peru, PM ke Brazil
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pertarungan Mike Tyson-Jake Paul peroleh lebih 60 juta tontonan secara langsung!
Acara itu mendominasi media sosial dan memecahkan pelbagai rekod sebagai acara yang paling banyak ditonton secara penstriman langsung.
Hampir jual piano kesayangan, Hazami dedah pernah tiada duit untuk makan
Hazami pernah ada baki RM200 sahaja dalam akaun bank.