KUALA LUMPUR: Turun naik sebagai anak seni selama 17 tahun membuahkan hasil apabila penyanyi, Hael Husaini berjaya berkongsi karya terbaharu melalui penerbitan album Antonim (Part I).
Mahu lari dari kebiasaan, lagu-lagu yang terkandung dalam album tersebut seperti Kejora, Usia, Hero dan Diam membawa satu sisi lain Hael sebagai seorang penghibur.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila salah satu lagunya iaitu Diam mempunyai perkataan 'celaka' yang dilihat kasar bagi sesetengah pendengar.
Tapi mengapa? Apa justifikasi Hael untuk menggunakan perkataan tersebut?
Menurut pelantun lagu Kelentang Kelentong itu, sebagai seseorang penyanyi dan komposer dia semestinya memikirkan sensitiviti rakyat Malaysia namun baginya perkataan tersebut disalah gunakan oleh masyarakat kita sehingga ia didengar sedikit kasar.
“Kalau nak ikutkan saya memang mengkaji lagu itu apabila saya nak melakukan sesuatu terutamanya nak menjaga sensitiviti, kita tahu orang Malaysia.. Saya pun dah lama produce jadi saya tahu batas-batas saya,
“Tapi kalau nak ikutkan perkataan 'celaka' sebenarnya disalah gunakan sedikit dalam kehidupan harian kita, kalau nak ikutkan kecelakaan atau maksud celaka itu sama dengan malang, namun saya minta maaf jika perkataan itu kedengaran kasar,
‘“Cuma saya minta kita dengar dari sudut yang positif bahawa celaka itu bukan kata yang kesat, kita kena ubah mentaliti kita untuk penggunaan perkataan tersebut,” ujar Hael kepada media selepas acara pelancaran album pada Selasa
Hael atau Muhammad Hael Husaini Razmi,36, juga memberitahu bahawa Antonim (Part ll) akan dilancarkan dalam masa terdekat namun dia mahu memfokuskan promosi album Antonim (Part l) terlebih dahulu.
Pada masa sama, Hael juga menyatakan bahawa dia dan pihak pengurusan dalam perancangan untuk mengadakan konsert solonya tidak lama lagi.
Antonim (Part I) mendapat sentuhan barisan komposer ternama seperti Omar K, Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan Ezra Kong.
Peminat boleh mendengar album Antonim (Part l) melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, Apple Music, YouTube Music dan Spotify.
Asyraf Roslan
Wed Jan 10 2024
Hael Husaini menghiburkan peminat yang hadir ke Album release party sempena pelancaran album Antonim (part I) di The Bee, Publika pada Selasa. - Astro AWANI/Asyraf Roslan.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
‘Diam’ nyanyian Hael Husaini menang anugerah Lagu Tema Terbaik di Asian Academy Creative Awards 2024
Lagu Diam nyanyian penyanyi, Hael Husaini berjaya merangkul anugerah Lagu Tema Terbaik di Asian Academy Creative Awards 2024.
Sultan Perak berangkat ke Majlis Makan Malam Amal Kelab Bakti Gunung Keledang
Majlis bertujuan untuk mengumpul dana bagi melaksanakan aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun 2024 dan 2025.
Guna perkataan 'celaka' dalam lirik lagu, Hael minta dengar dari sudut positif
Antonim (Part I) mendapat sentuhan barisan komposer ternama seperti Omar K, Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan Ezra Kong.
Hael Husaini umum peluncuran album sulung, ANTONIM (PART I)
Hael berkata, pembikinan ANTONIM (PART I) bermula sejak tiga tahun lalu, dengan penghasilan sebanyak 20 buah demo pada peringkat awal.
Tengok Hael Husaini mengamuk di set penggambaran, Sharnaaz titip nasihat
Bakal muncul dengan drama siri perdana berjudul My Famous Ex Boyfriend, Hael juga kerap memuat naik perkembangan kerjaya lakonannya itu sejak beberapa minggu lalu.
Hael Husaini kini jadi pelakon!
Hael kini bergelar pelakon selepas 17 tahun berportfolio sebagai penyanyi dan komposer.
Dikatakan mirip Michael Jackson, netizen mahu Hael Husaini yang lama
Lain benar wajah Hael Husaini hari ini, dakwa netizen.
Beli tiket konsert Rossa tapi...
Peminat tak senang duduk dengan kemunculan Cakra Khan dan Datuk Amy Search yang hadir di konsert Rossa 25 Shining Years.
Hael Husaini teruja bergabung dengan Rossa di Konsert Rossa 25 Shining Years
Hael menyatakan bahawa dia sendiri terkejut apabila mendapat jemputan daripada pihak penganjur untuk menyanyi bersama Rossa.
Harga tiket konsert mahal, Rossa minta maaf kepada peminat di Malaysia
Harga tiket konsert mahal berikutan hasil jualan akan disalurkan kepada pelajar universiti dari keluarga berpendapatan rendah.