Jika sebelum ini Miss Colombia Ariadna Guttierez bersuara tentang pentas akhir Miss Universe, kini giliran Miss Philippines pula.

Menerusi akaun Instagram Miss Universe, @MissUniverse, Pia Alonzo Wurtzbach menyeru agar peminat tidak lagi bergaduh mengenai isu hangat dimana pengacara majlis Steve Harvey salah sebut nama pemenang.

“Misi Miss Universe Organisation adalah untuk memperkasa golongan wanita di seluruh dunia. Pergaduhan dan menghantar mesej berunsur kebencian membelakangkan matlamat utama,” kata Pia di Instagram yang dikongsi dengan gambar beliau menyambut Hari Natal di Amerika Syarikat.

BACA: Akhirnya Miss Colombia bersuara tentang insiden pentas akhir Miss Universe
BACA: Pentas Miss Universe kecoh kerana salah umum pemenang


Sebelum ini, netizen berbelah bagi tentang siapa yang sepatutnya menang mahkota Miss Universe.

Pernah dilaporkan sebelum ini bahawa Pia turut dipinggirkan peserta lain ketika di atas pentas.

BACA: Ratu Filipina dipinggirkan peserta lain
BACA: Kejayaan Pia Alonzo rangkul Miss Universe 2015 dirai warga media sosial Filipina


Namun Pia tidak mempunyai masalah dengan Ariadna.

Sebaliknya Pia anggap ratu cantik dari Colombia itu sebagai wanita yang kuat dan kini mereka mempunyai kaitan setelah insiden di pentas Miss Universe.

“Saya tahu semua bangga dengan kamu (Ariadna). Takdir mempunyai rancangannya tersendiri dan saya tidak sabar untuk mengetahui apa yang akan berlaku selepas ini,” tulis Pia.

Beliau turut anggap kemenangan di pentas Miss Universe sebagai hadiah Hari Natal paling istimewa untuk dirinya dan negaranya.

“Ia merupakan perjalanan yang begitu istimewa setelah tiga kali mencuba nasib di pentas Miss Philippines.

“Terima kasih kepada mereka yang nampak potensi saya dan yang telah menyokong saya dari mula lagi,” kata Pia.


Ahad lalu, Harvey membuat kesilapan besar apabila mengumumkan Gutierrez sebagai pemenang, sebelum mengakui kesilapannya dan Alonzo dimahkotakan sebagai pemenang.