WALAUPUN menerima pelbagai kritikan dan sindiran kerana salah umum pemenang pada pentas akhir Miss Universe 2015, hos televisyen Steve Harvey berjenaka pula tentang dirinya sendiri.

Di Twitter, pengacara dan pelawak popular itu mengucapkan selamat menyambut Easter kepada 3.19 juta pengikutnya dan tweet itu diikuti dengan tiga 'emoticon' pokok Krismas.

Penganut Kristian menyambut Krismas pada 25 Disember, manakala Hari Easter pada tahun ini disambut pada bulan Mac lalu.


Namun semua sudah maklum bahawa kesilapan sengaja Harvey dalam tweet ini mencerminkan tentang insiden pentas Miss Universe dimana Harvey umum Ratu Cantik Colombia, Ariadna Guttierez sebagai pemenang sebelum meminta maaf kerana mahkota itu milik Ratu Cantik Filipina, Pia Alonzo Wurtzbach.

BACA: Pentas Miss Universe kecoh kerana salah umum pemenang
BACA: Miss Universe 2015 bukan acara pertama salah umum pemenang


Tweet berkenaan menerima lebih kurang 200,000 'retweet'.




Sementara itu, kedua-dua ratu cantik yang terlibat dalam kontroversi ini turut tidak mahu lihat ke belakang lagi.

Pia menerusi akaun Instagram @MissUniverse tidak mahu peminat terus bergaduh kerana misi Miss Universe Organization adalah untuk memperkasa wanita.

Ariadna pula ucapkan tahniah kepada Pia dan berterima kasih atas sokongan yang diterima sejak pertandingan itu yang diadakan pada Ahad lalu (Isnin waktu Malaysia).