Siapa sangka anggota kumpulan K-Pop Korea Selatan GFRIEND suka makan dodol, terutamanya penyanyi vokal, Yuju.
Dalam satu temu bual eksklusif, Astro AWANI memperkenalkan makanan tradisional tersebut kepada kumpulan tersebut dan Yuju yang mencuba buat pertama kali tertarik dengan keenakan makanan tersebut.
“Ia sangat comel dan ‘sticky’. Rupanya seperti puding coklat.
“Ia sangat sedap dan memang menepati cita rasa saya,” kata Yuju sambil menjamah dodol dengan gembira pada temu bual eksklusif bersama Astro AWANI.
Beliau juga berkata dodol menyerupai ‘rice cake’ dan dapat merasai kandungan santan dalamnya.
“Selepas ini, dodol akan menjadi antara salah satu pencuci mulut kegemaran saya,” tambahnya.
Anggota-anggota lain juga mengaku teruja untuk menikmati makanan tradisional Malaysia yang lain seperti nasi lemak kerana juga menggemari makanan pedas.
Mereka juga mendedahkan rasa gembira dan tidak sabar untuk berjumpa dengan peminat mereka di Malaysia.
“Apabila kami memuat naik video di laman internet, kami menerima banyak komen daripada Buddy (nama fandom GFRIEND) supaya datang ke Malaysia.
“Oleh itu, kami gembira dapat datang ke Malaysia dan mengadakan konsert di sini.
“Kami sungguh teruja untuk membuat persembahan di konsert dan berjumpa dengan Buddies,” ujar Yuju.
Selain Yuju, GFRIEND turut dianggotai Sowon, Yerin, Eunha, SinB dan Umji.
Sextet tersebut bakal menggegarkan pentas Stadium Malawati, Shah Alam pada Sabtu ini bermula jam 6 petang.
Konsert sulung GFRIEND di Malaysia dibawakan khas oleh penganjur konsert, MacpiePro.
Adakah Buddies sudah bersedia untuk konsert yang paling anda nanti-nantikan?
Isabelle Leong
Sat Jun 29 2019
Sextet tersebut bakal mengadakan konsert jelajah Asia GFRIEND 2019 (Go Go GFRIEND) di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 6 petang pada Sabtu. - MacpiePro
Apakah langkah kerajaan menangani krisis demografik? - Mohd Shahar
Ahli Parlimen Paya Besar berkongsi kebimbangan akan datang wujud krisis demografik disebabkan kesihatan mental wanita yang semakin merosot dan wujud golongan yang menyokong child-free.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Soon Huat-Shevon berlatih di ABM
Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie akan menyertai kem latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
EPL: Asensio, Disasi ikut langkah Rashford ke Aston Villa
Aston Villa membawa masuk pemain tengah Paris Saint-Germain, Marco Asensio dan pertahanan Chelsea, Axel Disasi secara pinjaman.
Isu Harith Iskander, Cecilia: Polis akan hantar kertas siasatan ke DPP secepat mungkin - KPN
Kertas siasatan membabitkan pelawak Harith Iskander dan Cecilia Yap Song berhubung kes menghina Islam akan dihantar ke pihak pendakwa raya secepat mungkin.
Zambry sahkan terima surat peletakan jawatan Naib Canselor UKM
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Mohd Ekhwan Toriman.
Guru didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki
Seorang guru didakwa lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua pelajar lelakinya pada tahun 2023.
Zayn Rayyan: 25 Feb dengar hujah notis usul batal pertuduhan
Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Feb ini bagi mendengar hujahan berhubung notis usul difailkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin untuk membatalkan pertuduhan.
Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.
Thaipusam: Penumpang komuter Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb.
Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.
Lemak manis penganan gula enau warisan tiga generasi
Proses pembuatannya bukanlah semudah disangka kerana ia memerlukan semangat serta kesabaran yang tinggi.
Rugi RM2,000 disamun 'pelanggan' dodol
Seorang lelaki berpura-pura mahu membeli dodol sebelum menyamun rantai emas seorang wanita.
Dodol gula apong satukan citarasa Sarawak dan Melaka
Pasangan suami isteri hasilkan dodol gula apong sebagai pelengkap juadah di pagi syawal
Aktiviti kacau dodol rapatkan saf masyarakat di musim perayaan
Inisiatif Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) yang menganjurkan aktiviti mengacau dodol menjadi salah satu usaha merapatkan hubungan kemasyarakatan di Sijangkang.
GFRIENDinMY: Yuju suka makan dodol?
Dalam satu temu bual eksklusif, Astro AWANI memperkenalkan makanan tradisional tersebut kepada kumpulan tersebut dan Yuju yang mencuba buat pertama kali tertarik dengan keenakan makanan tersebut.
Warga emas meninggal dunia akibat tercekik dodol
Seorang warga emas K. Sanmugam, 67, meninggal dunia akibat tercekik dodol yang dimakan di rumahnya di Taman Merbok, Bukit Baru di sini pada Jumaat lepas.