KUALA LUMPUR:Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menawarkan Program Akreditasi dan Pentauliahan Dalam Industri Kandungan Kreatif kepada penggiat industri, kru dan pekerja dalam industri itu terutama sektor perfileman.
Finas dalam kenyataan hari ini berkata selain memberi pentauliahan, program itu juga bertujuan memastikan tenaga kerja serta produksi yang terlibat memiliki tahap standardisasi profesional yang diperakui secara sah dan berstruktur.
Selain itu, program tersebut akan mewujudkan satu pusat pangkalan data tenaga kerja industri kandungan kreatif dan bakal menjadi rujukan pelbagai pihak pada masa akan datang.
"Objektif inisiatif ini adalah untuk meningkatkan tahap keupayaan kumpulan tenaga kerja industri kreatif berkemahiran tinggi yang diperlukan ke arah untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi serta melindungi kepentingan dan hak tenaga kerja industri kreatif khususnya sektor perfileman negara.
"Finas optimis bahawa program ini mampu menaik taraf standard pengamal industri dan memastikan individu yang berkaliber sahaja berada dalam bidang kandungan kreatif tanpa meminggirkan mana-mana pihak yang sedang bergiat secara aktif," menurut kenyataan itu.
Program itu akan memfokus kepada dua kategori utama iaitu berpengalaman sama ada memiliki sijil atau tanpa sijil, atau tanpa pengalaman dengan sijil atau tanpa sijil.
Antara syarat yang ditetapkan ialah pemohon hendaklah merupakan seorang warganegara dan berumur 18 tahun ke atas semasa membuat permohonan.
Permohonan penyertaan telah dibuka mulai 15 Okt lepas melalui pautan http://akreditasi.finas.my/login.php dan sebarang maklumat lanjut berkaitan program itu boleh didapati dengan melayari laman sesawang Finas atau berhubung terus dengan urus setia program di talian 03-4104 1747/1748.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 30 2020

Finas menawarkan Program Akreditasi dan Pentauliahan Dalam Industri Kandungan Kreatif kepada penggiat industri, kru dan pekerja dalam industri itu terutama sektor perfileman. - BERNAMA
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Isu kerja lebih masa: Finas akan laksana kontrak standard tahun ini
Finas akan melaksanakan kontrak standard libatkan kru, pelakon dan penerbit yang mengandungi klausa terperinci berhubung isu kerja lebih masa.

Finas akan latih akauntan untuk ceburi industri kreatif
Finas akan menyediakan latihan kepada akauntan untuk terlibat dalam industri kreatif.

FINAS tekad bantu penggiat industri kreatif
FINAS tekad mengambil inisiatif memberi bantuan kepada penggiat industri kreatif menerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri.

Azmir Saifuddin dilantik sebagai CEO Finas
Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkuat kuasa esok.

Senator Zurainah dilantik Pengerusi FINAS, Mohamad Salim Pengerusi Interim MCMC
Senator Datuk Seri Zurainah Musa dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa hari ini sehingga 9 Jun 2024.

Kejayaan Kampung Latah Kena Kuarantin jadi tanda aras inisiatif dana kerajaan - Finas
Kampung Latah Kena Kuarantin jadi pemangkin dan nilai tambah kepada pembangunan karya filem tempatan.

Finas serbu produksi jalankan penggambaran
Tindakan penguatkuasaan diambil terhadap pihak berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 22 (1) Akta FINAS 1981 (Akta 244).

Festival Filem Malaysia ke-31 berkonsepkan norma baharu, Oktober ini
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bersetuju dengan cadangan untuk penganjuran Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang dijangka pada Oktober depan.

Eizlan Yusof terajui Skim Wajib Tayang Finas
Datuk Seri Eizlan Yusof dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Skim Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), berkuat kuasa mulai 15 Mac 2021 hingga 22 Mei 2022.

Penyelewengan Dana Kandungan Digital, 9 syarikat masih gagal dikesan - FINAS
FINAS mendedahkan setakat ini masih ada sembilan daripada 44 buah syarikat produksi yang masih gagal berhubung dengan pihaknya.