PENYANYI Fara Hazel selamat melangsungkan pernikahan dengan suaminya Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin yang merupakan seorang ahli perniagaan dari Terengganu.
Memetik laporan mStar, merekal telah dinikahkan oleh bapa Fara, Yusri Ishak disaksikan Pendaftar perkahwinan, penceraian daftar dan rujuk orang Islam daerah Petaling, Mohd Khairil Nizam Jaludin kira-kira jam 3.32 petang tadi.
Fara meluahkan rasa syukur kerana majlis itu telah berlangsung dengan sempurna.
"Alhamdulillah, bermulalah tanggungjawab saya sebagai seorang isteri. Ikatan perkahwinan ini datang dengan satu tanggungjawab yang besar.
"Selepas ini, apa-apa pun saya tidak lagi bersendirian dan apa sahaja saya buat lepas ini kena fikirkan suami juga.
"Seperti pasangan lain, harapan saya agar ikatan perkahwinan yang dibina ini kekal hingga ke akhir hayat kami," ujarnya.
Majlis akad nikah itu telah diadakan di Sireh Junjung Banquet Hall, The Strand Mall, Petaling Jaya dan telah dihadiri keluarga dan rakan rapatnya.
Kamal menyerahkan mas kahwin sebanyak RM400 kepada Fara disertai sembilan dulang hantaran berbalas 11 dari pihak perempuan.
Wang hantaran yang diberikan pula adalah sebanyak RM20,000.
Terdahulu, Fara dan Kamal mengadakan majlis pertunangan pada 6 Julai 2019.
Sumber : mStar
Gempak
Fri Dec 20 2019
Majlis akad nikah itu telah diadakan di Sireh Junjung Banquet Hall, The Strand Mall, Petaling Jaya dan telah dihadiri keluarga dan rakan rapatnya.
Jutaan rakyat Amerika tunai tanggungjawab
Jutaan rakyat Amerika Syarikat mula membuang undi mereka pada Selasa ketika pusat mengundi dibuka di seluruh negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
10 Berita Pilihan - (5 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 6 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ACLE: JDT benam juara Liga K1 Ulsan HD 3-0
JDT berjaya membenam juara Liga K1 Korea (Liga K1), Ulsan HD 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Iran akan bertindak balas terhadap serangan Israel dengan 'cara terkawal dan diperhitungkan'
Iran pada Selasa berikrar akan bertindak balas terhadap serangan Israel pada Oktober dengan "cara yang terkawal dan diperhitungkan".
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lelaki dicari bantu siasatan samun bersenjata kedai runcit
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai runcit dengan menggunakan parang di Jalan Pokok Machang, di sini semalam.
Mahkamah tolak rayuan lelaki tuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada syarikat pembersihan
Seorang lelaki gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk menuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan yang dimiliki warga Bangladesh.
Aiman Tino alami demam denggi, kini dirawat di hospital
Penyanyi Aiman Tino kini dikhabarkan sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan akibat mengalami demam denggi.
Aiman Tino sah jadi suami kepada Syarah Haifa, beri mas kahwin RM5,000
Penyanyi Aiman Tino sah menjadi suami kepada pasangan pilihannya iaitu Che Syarah Haifa Che Isa, 24, dengan sekali lafaz pada kira-kira pukul 5.41 petang, Khamis di dewan Astana, Shah Alam.
Aiman Tino sertai UMNO, dilantik Pengerusi Biro Putera Pergerakan Pemuda
Rosni memberitahu, pihaknya hadir dalam program penerimaan borang keahlian UMNO penyanyi muda tersebut Khamis lalu.
"Kami akan bernikah dalam masa terdekat"- Aiman Tino
Kata Aiman buat masa ini tarikh pernikahan mereka belum ditetapkan lagi namun akan dipercepatkan selepas pasangan itu merisik pada Januari lalu.
Lagu raya sentuhan komposer lama, nyanyian artis baharu dalam Suasana Hari Lebaran
Syarikat rakaman Aries Music, melalui pembabitannya dalam industri rakaman, julung kali menggabungkan enam orang penyanyi popularnya bagi mendendangkan sebuah lagu hari raya.
Fara Hazel selamat bergelar isteri kepada Tengku Mohammad Kamal
Penyanyi Fara Hazel selamat melangsungkan pernikahan dengan suaminya Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin yang merupakan seorang ahli perniagaan dari Terengganu.
"Pertunangan satu perkara sensitif kerana..." - Fara Hazel bakal nikah Tengku Mohammad Kamal Disember
Satu fasa nak tempuh dugaan ..
'Saya tidak mahu memikirkan hal ini kerana takut depresi ...' - Aiman Tino
Penyanyi Aiman Tino mengakui sedar apabila popularitinya sebagai penyanyi dalam aliran budak baru nak up (BBNU) semakin menurun berbanding rakan artis yang lain.
Siti Nurhaliza, Neelofa, Yuna akan menang jika esok pilihan raya
Andai kata esok Malaysia mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dan calon yang bertanding ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, sudah tentu penyanyi tersohor tanah air itu bakal menjadi calon pilihan pengundi.
Aiman Tino dipuji makin kacak dan matang
Mungkin ramai yang sedar, penampilan penyanyi Aiman Tino sejak akhir-akhir ini agak berbeza daripada kebiasaan.