HULU SELANGOR: Penyanyi popular, Aiman Tino, 25, menyertai politik dengan memilih UMNO sebagai wadah perjuangan.
Perkara tersebut dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar melalui kemas kini di Facebooknya pada Jumaat.
Rosni yang juga Setiausaha Wanita UMNO memberitahu, pihaknya hadir dalam program penerimaan borang keahlian UMNO penyanyi muda tersebut Khamis lalu.
"Saya dimaklumkan oleh Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor bahawa saudara Aiman Tino turut dilantik sebagai Pengerusi Biro Putera Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor," katanya.
Aiman menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor, Omar Al-Khattab Kasim disaksikan oleh Rosni di Pejabat UMNO Hulu Selangor.
Dalam pada itu, menurut laporan sebuah akhbar, penyanyi yang terkenal dengan lagu Ku Rela Di Benci itu memaklumkan penyertaannya sebagai ahli UMNO bukanlah perkara luar biasa kerana sebelum ini ayahnya, Yusri Ishak juga pernah memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian berkenaan.
Aiman berpandangan hanya parti itu mampu memartabatkan agama, bangsa dan negara sejak dahulu, kini dan selamanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 17 2023
![Aiman Tino sertai UMNO, dilantik Pengerusi Biro Putera Pergerakan Pemuda Aiman Tino sertai UMNO, dilantik Pengerusi Biro Putera Pergerakan Pemuda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679040349_AimanTino.jpg)
Rosni (kiri) hadir pada program penyerahan borang keahlian UMNO daripada Aiman (dua dari kanan) pada Khamis. -Foto Sinar Harian
![Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718092295_tbLimHuiYing.jpg)
Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim
Pembangunan kemahiran dan kapasiti adalah penting bagi membina asas kukuh dan memperoleh keupayaan untuk mengubah pengetahuan kepada pertumbuhan.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
![Aiman Tino alami demam denggi, kini dirawat di hospital Aiman Tino alami demam denggi, kini dirawat di hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684670840_aimantino.jpg)
Aiman Tino alami demam denggi, kini dirawat di hospital
Penyanyi Aiman Tino kini dikhabarkan sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan akibat mengalami demam denggi.
![Aiman Tino sah jadi suami kepada Syarah Haifa, beri mas kahwin RM5,000 Aiman Tino sah jadi suami kepada Syarah Haifa, beri mas kahwin RM5,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682608453_TBAIMANTINOKAHWIN.jpg)
Aiman Tino sah jadi suami kepada Syarah Haifa, beri mas kahwin RM5,000
Penyanyi Aiman Tino sah menjadi suami kepada pasangan pilihannya iaitu Che Syarah Haifa Che Isa, 24, dengan sekali lafaz pada kira-kira pukul 5.41 petang, Khamis di dewan Astana, Shah Alam.
![Aiman Tino sertai UMNO, dilantik Pengerusi Biro Putera Pergerakan Pemuda Aiman Tino sertai UMNO, dilantik Pengerusi Biro Putera Pergerakan Pemuda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679040349_AimanTino.jpg)
Aiman Tino sertai UMNO, dilantik Pengerusi Biro Putera Pergerakan Pemuda
Rosni memberitahu, pihaknya hadir dalam program penerimaan borang keahlian UMNO penyanyi muda tersebut Khamis lalu.
![Kami akan bernikah dalam masa terdekat- Aiman Tino Kami akan bernikah dalam masa terdekat- Aiman Tino](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675843914_AimanTino.jpg)
"Kami akan bernikah dalam masa terdekat"- Aiman Tino
Kata Aiman buat masa ini tarikh pernikahan mereka belum ditetapkan lagi namun akan dipercepatkan selepas pasangan itu merisik pada Januari lalu.
![Lagu raya sentuhan komposer lama, nyanyian artis baharu dalam Suasana Hari Lebaran Lagu raya sentuhan komposer lama, nyanyian artis baharu dalam Suasana Hari Lebaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51588925205_SuasanaHariLebara.jpg)
Lagu raya sentuhan komposer lama, nyanyian artis baharu dalam Suasana Hari Lebaran
Syarikat rakaman Aries Music, melalui pembabitannya dalam industri rakaman, julung kali menggabungkan enam orang penyanyi popularnya bagi mendendangkan sebuah lagu hari raya.
![Fara Hazel selamat bergelar isteri kepada Tengku Mohammad Kamal Fara Hazel selamat bergelar isteri kepada Tengku Mohammad Kamal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81576836014_farahazel-nikahbefunky-collage.jpg)
Fara Hazel selamat bergelar isteri kepada Tengku Mohammad Kamal
Penyanyi Fara Hazel selamat melangsungkan pernikahan dengan suaminya Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin yang merupakan seorang ahli perniagaan dari Terengganu.
![Pertunangan satu perkara sensitif kerana... - Fara Hazel bakal nikah Tengku Mohammad Kamal Disember Pertunangan satu perkara sensitif kerana... - Fara Hazel bakal nikah Tengku Mohammad Kamal Disember](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71571119229_fara-hezel.jpg)
"Pertunangan satu perkara sensitif kerana..." - Fara Hazel bakal nikah Tengku Mohammad Kamal Disember
Satu fasa nak tempuh dugaan ..
!['Saya tidak mahu memikirkan hal ini kerana takut depresi ...' - Aiman Tino 'Saya tidak mahu memikirkan hal ini kerana takut depresi ...' - Aiman Tino](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61562832034_aiman-tino-(1).jpg)
'Saya tidak mahu memikirkan hal ini kerana takut depresi ...' - Aiman Tino
Penyanyi Aiman Tino mengakui sedar apabila popularitinya sebagai penyanyi dalam aliran budak baru nak up (BBNU) semakin menurun berbanding rakan artis yang lain.
![Siti Nurhaliza, Neelofa, Yuna akan menang jika esok pilihan raya Siti Nurhaliza, Neelofa, Yuna akan menang jika esok pilihan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41556016973_SitiNuhalizaNeelo.jpg)
Siti Nurhaliza, Neelofa, Yuna akan menang jika esok pilihan raya
Andai kata esok Malaysia mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dan calon yang bertanding ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, sudah tentu penyanyi tersohor tanah air itu bakal menjadi calon pilihan pengundi.
![Aiman Tino dipuji makin kacak dan matang Aiman Tino dipuji makin kacak dan matang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/71555488071_untitled-design-(94).jpg)
Aiman Tino dipuji makin kacak dan matang
Mungkin ramai yang sedar, penampilan penyanyi Aiman Tino sejak akhir-akhir ini agak berbeza daripada kebiasaan.