Perkara itu didedahkan sendiri oleh ibu saudara Tunku Tun Aminah, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar menerusi akaun Twitter baginda.
"Pada majlis pernikahan anak saudara saya, Tunku Tun Aminah memakai baju yang dibuat daripada Tenun Pahang DiRaja rekaan saya. Ditenun oleh banduan Penjara Penor," tulis Tunku Azizah.
Tenun Pahang memang cukup dikenali ramai sebagai tenunan paling kemas malah Tunku Azizah sendiri banyak memberikan sumbangan dan idea melalui hasil tenunan itu hingga menamakan semula Tenun Pahang sebagai Tenun DiRaja Pahang kerana kecintaan baginda.
at my nieces wedding ,Tunku Tun Aminah memakai baju yg di buat drpd Tenun Pahang DiRaja, rekaan saya ... ditenun oleh banduan Penjara Penor pic.twitter.com/fCa58Kh64j
— azizahiskandar (@cheminahsayang) August 16, 2017
Tambah Tunku Azizah, Baju Kurung Teluk Belanga yang dipakai Tunku Tun Aminah pada hari bersejarah baginda direka sendiri oleh pengantin.
"Saya tidak mereka pakai tetapi saya mereka fabrik yang menggunakan kain tenun. Tunku Aminah mereka sendiri Baju Kurung," kata baginda.
Sementara itu, pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim turut memuji busana yang dipakai Tunku Tun Aminah.
"Tunku Tun Aminah seorang fashionista namun pada upacara begini beliau memilih untuk kembali keapda asal usal dengan mengangkat martabat negeri Johor.
"Terus terang saya katakan baju kurung tradisional sudah cukup cantik untuk disarungkan cuma kena bijak menata rias busana itu.
"Misalnya dipadankan dengan selendang, layah atau aksesori yang sesuai seperti Tunku Tun Aminah lakukan," katanya kepada Utusan Online.