Ringkasan AI
- Ernie Zakri memenangi Anugerah Soundtrack Sinetron Paling Ngetop di SCTV Awards 2024 dengan lagu "Masing-Masing", menjadikannya artis Malaysia pertama yang memenangi anugerah ini.
- Ernie meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pencipta lagu Ade Govinda, syarikat rakaman, pasukannya, dan peminat yang menyokongnya.
- Lagu "Masing-Masing" menjadi runut bunyi untuk sinetron Indonesia "Luka Cinta", dan kemenangan ini menambah lagi pencapaian Ernie dalam industri muzik.
Menurut pelantun lagu Aura itu, dia hadir ke majlis itu hanya untuk membuat persembahan sahaja namun tidak menyangka akan membawa pulang satu anugerah.
“Masha-Allah, tabarakallah. Alhamdulillah.
“Datang sini untuk nyanyi je, tak sangka dapat bawa pulang kenangan terindah ini,” kata Ernie.
Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, menzahirkan ucapan terima kasih kepada pencipta lagu ini iaitu Ade Govinda, syarikat rakaman serta peminat yang banyak menyokongnya.
“Terima kasih Mas Ade Govinda untuk karya ini.
“Thank you Universal Music Malaysia dan Indonesia untuk sokongan yang tidak henti-henti. Terima kasih juga buat pasukan saya yang datang ke sini untuk menyiapkan saya serta peminat yang banyak menyokong saya.
“Thank you pencinta lagu Masing Masing, kerana anda semua lagi ini sampai ke sini. Sayang semua,” tambah Ernie.
Lagu Masing-Masing menjadi runut bunyi untuk sinetron Indonesi iaitu Luka Cinta.
Lebih membanggakan, Ernie Zakri adalah artis Malaysia yang pertama yang memenangi anugerah dalam SCTV Awards 2024 dan merupakan satu-satunya yang mewakili Malaysia.
Untuk rekod, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza turut pernah mencipta kemenangan apabila meraih anugerah Artis Asing Paling Ngetop di SCTV Music Awards pada 2004. -Amanz