Fenomena lagu Masing Masing terus mendapat tempat di hati pendengar apabila berjaya meraih anugerah Soundtrack Sinetron Paling Ngetop di SCTV Awards 2024 yang berlangsung di Jakarta.
Lagu ciptaan Ade Govinda dan Nabila V itu berjaya merangkul anugerah tersebut menerusi sinetron Luka Cinta.
“Terima Kasih, Alhamdulillah ini pertama kali saya masuk di TV Indonesia. Rezeki yang luar biasa. Terima kasih semua,” ucap Ernie usai diumum sebagai pemenang.
Masing Masing berjaya mengenepikan lagu-lagu soundtrack lain yang tidak kurang hebatnya.
Dalam anugerah penuh gemilang itu, Ernie Zakri dan Ade Govinda turut tampil membuat persembahan di atas pentas.
Lebih membanggakan, Ernie Zakri adalah artis Malaysia yang pertama yang memenangi anugerah dalam SCTV Awards 2024 dan merupakan satu-satunya yang mewakili Malaysia.
Untuk rekod, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza turut pernah mencipta kemenangan apabila meraih anugerah Artis Asing Paling Ngetop di SCTV Music Awards pada 2004.