Jika anda membesar di era 90an, apa yang paling anda ingati tentang sambutan Aidilfitri selain ketupat, rendang dan baju raya?
Jawapannya, majalah Ujang dan Apo?
Jangan berasa pelik kerana edisi bumper hari raya dan puasa merupakan sebahagian daripada tradisi dan kemeriahan Aidilfitri ketika itu.
Mengubati kerinduan peminat, penerbitan MOY Publication Sdn Bhd mengeluarkan naskhah istimewa majalah Ujang dan Apo? edisi bumper nostalgia hari raya.
BACA: MOY Publication tutup operasi, majalah Ujang berkubur
Mengumpulkan jenaka nostalgia hari raya yang dinaik taraf dari edisi tahun 1999 hingga 2002, ia diharapkan dapat mengimbau kenangan manis peminat yang membesar bersama kedua-dua majalah dan komik itu.
"Kami dapat permintaan yang banyak daripada peminat melalui laman sosial, mereka masih rindukan Ujang dan Apo?
"Kami buat keputusan untuk terbitkan edisi khas ini agak last minute juga. Tetapi Alhamdulillah kartunis terbabit semua memberi kerjasama yang baik," kata Pengarah Operasi dan Jualan, Azrul Izar.
Edisi khas ini menampilkan kira-kira 40 kartunis asal Ujang dan Apo? antaranya Lengkuas, Manggis, Bendi dan Gayour.
"Jenaka yang diketengahkan Ujang dan Apo? memaparkan situasi masyarakat di Malaysia yang dekat dengan hati pembaca.
"Kerana itu, di zaman kegemilangannya, edisi bumper sentiasa ditunggu-tunggu, malah menjadi kebanggaan dan buah tangan untuk dibawa pulang beraya di kampung halaman.
"Diharapkan keluaran khas ini bukan sahaja menjadi hiburan tetapi juga sesuatu untuk dipersembahkan kepada anak-anak kecil tentang bagaimana generasi terdahulu menyambut hari raya," kata kartunis Gayour.
Edisi khas bumper nostalgia raya boleh didapati di kedai-kedai buku serta pembelian dalam talian di bekazon.com pada harga RM19.90.
Madiha Abdullah
Sat May 25 2019
Barisan kartunis Ujang dan Apo? bersama naskhah edisi khas bumper nostalgia raya. - Astro AWANI
Guru pondok, madrasah Pahang terima bantuan khas RM1,000 seorang
Pengagihan bantuan itu bermula Khamis lalu dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang penghujung Januari ini.
Harga biji kopi meningkat, pemilik kafe perlu kaji semula penetapan harga
Kos biji kopi dijangka terus meningkat pada 2025 disebabkan keadaan cuaca buruk dan kekurangan bekalan.
Penduduk Orang Asli harap projek jalan bersepadu dilaksanakan segera
Komuniti Orang Asli di Gua Musang, termasuk Pos Bihai, Pos Balar, dan Pos Belatim, memohon projek jalan ditingkatkan bagi memudahkan akses harian selepas musim tengkujuh.
Titah Adendum: Rayuan Najib didengar esok
Pendengaran yang pada asalnya dijadualkan pada 5 Dis tahun lalu akan dimulakan pada pukul 9 pagi di hadapan panel tiga hakim.
ATM sahkan insiden kekecohan libatkan warga Palestin di WTKL
Situasi berkenaan dapat dikawal dengan baik tanpa melibatkan sebarang pergaduhan dan kecederaan.
Kemelut kewangan Barcelona buat masa depan Dani Olmo tersepit
Pemain itu menyertai kelab itu dari RB Leipzig dalam perjanjian bernilai AS$60 juta (RM270j) pada musim panas lalu.
Kelincahan Savinho pastikan Manchester City kembali memukau
The Citizens memulakan 2025 dengan kemenangan selesa di Stadium Etihad, meraih kemenangan berturut-turut EPL.
AWANI Ringkas: Berjaya tingkatkan gaji pekerja swasta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ini tidak adil, kata Arteta
Mikel Arteta meluahkan kekecewaannya terhadap hukuman sepakan penalti yang dilabelnya keras ketika Arsenal seri 1-1 di Brighton.
#AWANIRingkas 5 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Januari 2025
1️⃣ Berjaya tingkatkan gaji pekerja swasta
2️⃣ Penganalisis jangka pasaran kekal berhati-hati
3️⃣ Polis rakam percakapan tiga individu
#awaniringkas
1️⃣ Berjaya tingkatkan gaji pekerja swasta
2️⃣ Penganalisis jangka pasaran kekal berhati-hati
3️⃣ Polis rakam percakapan tiga individu
#awaniringkas
Edisi istimewa bumper nostalgia raya Ujang imbau memori Aidilfitri
Ia diharapkan dapat mengimbau kenangan manis peminat yang membesar bersama kedua-dua majalah dan komik itu.