FILEM sering disalah tafsir disebabkan penonton tidak mampu memahami wacana yang cuba diketengahkan oleh pengarah, lalu ramai yang akan memperkatakan tentang mesej dari filem yang ditontonnya. Pengarah bukan posmen yang membawa mesej.
Pengarah filem memberikan pemikirannya menerusi naskah yang dihasilkan. Yang perlu difahami adalah pemikiran yang cuba disampaikan oleh pengarah tersebut.
Begitulah yang dikatakan oleh seniman Sabri Yunus apabila menghasilkan naskah terbarunya, Duan Nago Bogho
Filem bercorak aksi antara genre pilihan penonton di Malaysia. Namun, tidak ramai penerbit berani menerbitkan sebuah filem aksi yang turut mengangkat seni tradisional Melayu, apatah lagi Mak Yong yang mungkin sangat asing bagi generasi muda.
Keberanian penerbit filem Duan Nago Bogho, Kolonel Bersekutu (PA) Arisz Ab Rahman membiayai filem aksi yang turut mengangkat seni Mak Yong sewajarnya dipuji dan dicontohi penerbit-penerbit lain.
Menampilkan pelakon Asrul Faizal selaku teraju utama, filem itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Jojo Goh dan Sangeeta Krishnasamy.
Naskah terbaru Sabri ini mempunyai lapis makna yang mendalam di sebalik jalan ceritanya yang ringkas. Boleh dikatakan semua watak dalam filem penting biarpun yang lebih ditonjolkan adalah Duan atau Redhuan. Jika salah satu watak dimatikan ditengah-tengah cerita, ia akan mencacatkan jalan cerita ini.
Duan Nago Bogho biarpun mengangkat seni tradisional Kelantan dan pelakonnya juga hampir semua bertutur dalam loghat Kelantan namun ia tidak akan menyukarkan penonton untuk memahaminya.
Pertarungan dalam filem ini bukan semata-mata bergaduh dan bertumbuk hingga bertikam tetapi watak-wataknya juga bertarung dengan diri masing-masing.
Duan misalnya, bertarung dengan dirinya sendiri dalam mempertahankan seni Mak Yong yang dianggap hanya milik orang Melayu Kelantan dengan membenarkan bangsa lain mempelajari dan memainkan watak Pak Yong.
Duan seorang yang sangat mementingkan maruah. Ketika beraksi di pentas Mak Yong, Duan membenarkan penonton mentertawakan dia yang sedang dalam wataknya. Namun, jangan sesekali menganggu pementasan Mak Yong.
Filem ini juga dibuka dengan aksi Duan di pentas Mak Yong yang sedang menghiburkan penonton dengan watak lucunya. Namun kerana pementasan itu terganggu akibat sikap biadap seorang penonton lelaki yang menganggu isteri orang lain, membuatkan Duan terjun dari pentas Mak Yong lalu memukul lelaki tersebut.
Duan Nago Bogho adalah sebuah filem tentang prinsip dan maruah. Ia juga kisah tentang perjuangan dan pertaruhan. Setiap watak dalam filem ini ‘berjuang’ dan ‘mempertaruhkan’ segala yang ada demi mencapai matlamat masing-masing. Mempertahankan maruah mendasari alur dan perkembangan filem ini.
Akibat pergaduhan itu, Duan diminta oleh ayah dan ibunya agar meninggalkan kampung halaman. Duan ke Kuala Lumpur mengikut sepupunya Awi (Saidi Sabri), seorang promoter seni. Di Kuala Lumpur juga, Duan bertemu kembali kawan lamanya, Nulik (Hushairi Husin), yang terlibat dalam dunia gangster.
Di Kuala Lumpur, Awi memilih untuk ‘bertarung’ dengan seni tradisional dan perniagaan. Nulik ‘bertarung’ di gelanggang yang lebih besar berbanding di Kelantan. Duan sendiri ‘bertarung’ antara permintaan sepupu dan kawan baiknya.
Mak Yong dan bergaduh bagi Duan umpama dijemput ke majlis tahlil. Kedua-duanya harus dipenuhi, jika tidak ia akan membuatkan dia rasa bersalah. Dalam flem itu, Duan ada melafazkan dialog tentang perkara tersebut.
Selain tiga watak ini, watak-watak lain juga ‘bertarung’ dengan diri mereka sendiri dalam filem ini. Nyonya Ang (Angeline Tan), terperangkap dalam sejarah silam suaminya Jimmy Ang (Prof Dr Lim Swee Tin) yang pernah hidup dalam dunia gelap. Nyonya Ang juga seorang ibu yang sentiasa ‘bertarung’ dengan keresahan akibat dendam Fendi Bukit Bintang (Datuk Rosyam Nor) terhadap anaknya Nancy (Jojo Goh) yang terpaksa melarikan diri ke luar negara dan mengubah wajah.
Jimmy Ang juga ‘bertarung’ dengan kisah silam sebagai Pak Situng dalam kesenian Menora dan gangster yang kini telah cuci tangan. Fendi Bukit Bintang ‘bertarung’ dengan dendam terhadap kematian adiknya hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk menuntut bela kematian itu.
Pok Su Ki (Sabri Yunus) ‘bertarung’ antara kesetiaan kepada sesama Kelantan dengan kerja-kerja gangster yang dianggapnya satu perniagaan.
Salmi (Sangeeta Khrisnasamy) ‘bertarung’ dengan kecintaan terhadap Mak Yong dan lelaki yang mahir dalam seni Mak Yong. Dia juga ‘bertarung’ dengan Nancy dalam usaha merebut hati Duan yang sebelum itu tidak pernah kenal erti cinta.
Kisah cinta dan dendam biarpun hanya ditampilkan sedikit berbanding kesenian tetap merupakan kekuatan dalam filem ini. Filem ini bergerak pantas tetapi tidak menganggu jalan cerita. Ia dikukuhkan dengan dialog bersahaja tetapi penuh makna.
Duan Nago Bogho adalah sebuah filem Malaysia yang mengangkat kisah kesenian negara ini dan kisah-kisah yang ada di sekeliling kita.
Dalam Duan Nago Bogho, Sabri bukan hanya mengangkat kesenian Mak Yong tetapi tidak melupakan dunia sastera dengan menjadikan Kawasan Rumah Persatuan Penulis Nasional (PENA) sebagai lokasinya. Dewan Usman Awang tempat Latihan Mak Yong, Anjung Khalid Salleh tempat berbincang dan Pentas Sutung Umar RS sebagai tempat persembahan.
Filem Duan Nago Bogho terbitan syarikat produksi Kalamarif Holdings Sdn Bhd bakal menemui penonton 19 Januari nanti.
Memetik kata-kata Sabri, dia hanya tukang masak yang menyediakan hidangan manakala penerbit adalah tuan punya restoran yang membuka pintu kepada pelanggan (penonton) untuk menikmati hidangan.
Secara peribadi saya amat menyukai filem ini. Ia sebuah filem Malaysia yang tidak melupakan asal usulnya. Biarpun premis adalah Mak Yong dan orang Kelantan tetapi pemikiranya tentang kita semua orang Malaysia.
Sekalung tahniah kepada Sabri dan Kalamarif Holding Sdn Bhd. Duan Nago Bogho membuktikan Sabri seorang seniman yang berani bekarya tanpa perlu mengharapkan formula-formula popular yang sering digunakan orang lain.
Tabik hormat untuk seniman Sabri Yunus.
Irwan Muhammad Zain
Tue Jan 17 2023

Naskah terbaru Sabri ini mempunyai lapis makna yang mendalam disebalik jalan ceritanya yang ringkas. - Gambar ihsan Kalamarif Holdings Sdn Bhd

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

KLWBC2020: Membaca buku hidup Sabri Yunus
Sabri meninggalkan kampung halaman pada 1982 lalu menuju Kuala Lumpur. Dirinya ingin menjadi seseorang; melangkaui 'title' seniman kampung.

COVID-19: Contohi negara Eropah bantu industri filem pasca PKP - Penggiat filem
Kerajaan memainkan peranan penting membangun semula industri ini yang terjejas teruk.

MB Perak tunjuk bakat berlakon filem
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hanya berlakon satu babak dan penggambaran dijalankan di Taiping yang mengambil masa hanya satu jam.

Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman: Dari novel ke layar
Novel Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman karya Sasterawan Negara, Datuk Dr. Anwar Ridhwan yang pernah diangkat ke pentas kini dipindahkan pula ke televisyen.