Kerajaan akan menubuhkan dua pusat sehenti bertujuan memajukan industri kandungan digital kreatif di negara ini dalam masa terdekat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata dalam masa tiga bulan akan datang, pusat sehenti itu yang dikenali sebagai 'Pitching Centre' akan ditubuhkan bertujuan mendengar idea-idea serta membimbing penggiat industri itu.
"Kita akan selaraskan pusat sehenti ini dalam masa tiga bulan bagi mendengar idea golongan ini. Maka mereka tidak perlu lagi menunggu untuk bertemu menteri sekiranya mempunyai idea," katanya selepas Majlis Taklimat Pasca Bajet 2015 kepada Industri Kandungan Digital Kreatif di Wisma Radio, Angkasapuri di sini, hari ini.
Tambahnya, pusat sehenti itu akan diketuai Multimedia Development Corp (MDeC) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Menerusi pusat sehenti ini juga, kita akan bantu penggiat industri untuk mendapatkan tajaan dari pihak swasta seperti Celcom, Telekom Malaysia dan Petronas. Malah saya harap ianya menjadi jambatan kepada apa sahaja sumber yang ada," katanya.
Ahmad Shabery berkata, kerajaan juga akan menubuhkan sebuah lagi pusat sehenti dikenali sebagai 'Content Malaysia' yang mempunyai peranan lebih meluas daripada Finas.
Katanya, pusat itu bukan hanya tertumpu kepada industri filem sahaja malah meliputi semua kandungan termasuk panggung wayang, televisyen, You Tube dan permainan video.
"Skop pusat sehenti ini meliputi subjek yang meluas kerana kita mahu menyatukan pelbagai sumber dana sedia ada," katanya.
Majlis taklimat yang berlangsung hampir tiga jam itu dihadiri kira-kira 300 penggiat industri bertujuan membincangkan tentang peruntukan RM100 juta untuk pembangunan industri berkenaan yang diumum dalam Bajet 2015 baru-baru ini.
Ketika membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sejumlah RM100 juta akan disalur melalui Dana Industri Kandungan Digital bagi menggalakkan perkembangan industri kreatif negara.
Bernama
Thu Oct 23 2014

Dua buah pusat sehenti itu bertujuan memajukan industri kandungan digital kreatif di negara ini. - Foto Fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Dua pusat sehenti bakal ditubuh majukan industri digital kreatif
Kerajaan akan menubuhkan dua pusat sehenti bertujuan memajukan industri kandungan digital kreatif di negara ini dalam masa terdekat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia.