DISNEY dilaporkan masih gagal mencari aktor yang sesuai untuk membawakan watak Aladdin dalam filem 'live-action' terbaharu terbitan produksi itu.
Portal Teen Vogue melaporkan lebih 2,000 pelakon lelaki berdarah keturunan Arab dan India hadir untuk sesi uji bakat yang berlangsung sejak Mac, namun tiada yang mampu menambat hati pengarah filem berkenaan, Guy Ritchie.
Masalah itu telah menyebabkan penggambaran filem berkenaan yang sepatutnya bermula bulan ini ditunda ke Ogos.
Bagi watak heroin pula, Ritchie dikatakan sedang menimbang tiga nama iaitu Naomi Scott, Tara Sutaria dan anggota kumpulan Little Mix, Jade Thirlwall, untuk memegang watak Jasmine.
Pun begitu, keputusan belum boleh dibuat selagi pelakon yang membawa watak Aladdin tidak diketahui.
Beberapa ejen pelakon mendedahkan pihak produksi dan pengarah Aladdin melakukan pemilihan yang ketat, dengan pelakon diminta melalui beberapa peringkat uji bakat selama beberapa minggu dalam sesi uji bakat yang dilakukan di beberapa bandar besar itu.
Disney dilapor mengutamakan bakat baharu sebagai Aladdin, biarpun sebelum ini pernah menyuarakan minat untuk mendapatkan sama ada Riz Ahmed atau Dev Patel sebagai Aladdin.
Manakala netizen pula mencadangkan bekas anggota One Direction, Zayn Malik sebagai Aladdin.
Mereka merasakan Zayn cukup sesuai kerana artis berdarah Pakistan itu bukan sahaja boleh menyanyi dan menari, tetapi juga memiliki 'wajah' yang sesuai.
Disney sebelum ini mengumumkan pencarian watak Aladdin di seluruh dunia, dengan syarat utama adalah berusia 18-25 tahun, boleh menari dan menyanyi serta memiliki 'wajah Timur Tengah'.
Situasi ini bagaimanapun bukanlah kali pertama berlaku. Sebelum ini, Disney berdepan kesukaran mencari pelakon sesuai untuk membawa watak Cinderella, yang akhirnya menjadi milik Lily James dalam filem 'live -action' yang diterbitkan pada 2015 itu.
Setakat ini, belum ada sebarang pengumuman siapa yang akan membawakan watak Genie dan Jafar, namun beberapa portal gosip antarabangsa melaporkan Will Smith dan Tom Hardy antara yang sedang dipertimbangkan.
Madiha Abdullah
Thu Jul 13 2017

Lebih 2,000 hadir ke sesi uji bakat, namun belum ada yang mampu menambat hati pengarah Guy Ritchie.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Astro dilantik sebagai pengedar rasmi Disney Plus Hotstar
Peminat tegar Star Wars pastinya teruja dengan penyiaran siri eksklusif Star Wars: Mandalorian di Malaysia menerusi hasil kerjasama antara Disney Plus Hotstar dan Astro bermula 1 Jun ini.

Disney dikritik gara-gara pelakon tambahan filem Aladdin
Disney dikritik selepas pegawai tinggi mengaku menukar warna kulit watak tambahan semasa penggambaran Aladdin.

Akhirnya Disney berjaya 'temui' Aladdin dan Jasmine
Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Walt Disney, Sean Bailey, dalam satu acara di California, pada Sabtu.

Disney 'pening' cari pelakon bawa watak Aladdin, netizen cadang Zayn Malik
Lebih 2,000 hadir ke sesi uji bakat, namun belum ada yang mampu menambat hati pengarah Guy Ritchie.