KUALA LUMPUR: Animasi popular negara, Didi & Friends terus melangkah jauh mengukuhkan jenamanya sebagai animasi terbaik tempatan yang mempersembahkan nyanyian lagu kanak-kanak menghiburkan, menerusi filem terbaru Didi & Friends The Movie yang akan menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 23 Februari ini.
Dengan durasi filem 104 minit, penonton bukan hanya dihidangkan dengan lagu-lagu menarik, malah animasi ini menampilkan pengembaraan aksi penuh hiburan dengan watak utamanya, Didi, Nana dan Jojo.
Lebih menarik, filem terbitan Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) ini turut memperkenalkan watak-watak baharu seperti Torra, Nek Kura, Kapten Zee, Tok Chip. Bintang terkenal tanah air telah menyumbangkan suara bagi mengerakkan watak tersebut, seperti Dato’ Awie (Tok Chip), Amelia Henderson (Kapten Zee), Ruminah Sidek (Nek Kura) dan Waris (Torra).
Uniknya, kesemua watak dalam filem ini direka dalam bentuk haiwan terancam di Malaysia seperti harimau belang, cipan, enggang, badak sumbu dan banyak lagi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Warnakala Studios, Hairul Sofian, Didi & Friends The Movie adalah sebuah filem unik dengan penceritaan penuh teladan serta cabaran aksi pengembaraan.
“Filem ini amat berbeza sekali dengan siri televisyen yang pernah diterbitkan dari sudut texturing, rigging, modelling, animasi, warna tema dan lain-lain lagi.
“Selain unsur teknikal, Didi & Friends The Movie juga menampilkan lagu-lagu baharu yang dikarang oleh pengarah muzik terkenal, diiringi pula oleh pemuzik Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO), menjadikan lagu-lagu segar dan mudah dinikmati,” ujarnya.
Penyanyi popular, Hael Husaini turut membuat penampilan istimewa yang mempertaruhkan suaranya untuk watak Pak Beruang dan menyanyikan lagu tema utama filem bertajuk Luar Biasa. Dimuatkan juga lagu Kembali Bersama yang dinyanyikan oleh kumpulan Modescape.
Kesemua 11 buah lagu baru yang dihidangkan juga mampu membuat penonton menyanyi bersama (‘sing along’).
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, Raja Jastina Raja Arshad berasa amat teruja filem Didi & Friends The Movie akan menemui penonton tidak lama lagi.
“Astro membesar bersama dalam menyaksikan revolusi jenama Didi & Friends dari awal kemunculan sehingga menjadi sebuah animasi terkenal di Malaysia. Apabila animasi ini bakal diterbitkan dalam versi filem, Astro Shaw rasa berbesar hati diberi peluang untuk terlibat sebagai penerbit, berkongsi idea dari sudut pembikinan, pemasaran dan pengedaran.
“Filem Didi & Friends The Movie membuktikan kemampuan industri animasi negara mampu bersaing setanding dengan luar negara.
“Kami yakin, filem ini bakal membuat penonton dewasa juga akan menjadikan filem ini sebahagian daripada koleksi filem animasi kesukaan mereka dengan adegan-adegan mencuit hati. Kami mengharapkan karya ini dapat menjadi penanda aras buat animasi-animasi tempatan untuk terus menghasilkan karya luar biasa,” ujar beliau.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Durian, Sinan Ismail pula berkata, sejak bermulanya Didi & Friends pada tahun 2012, memang menjadi impian Digital Durian untuk menghasilkan Didi & Friends The Movie.
“Dari lagu kanak-kanak di YouTube, ke cerita berepisod di Astro Ceria, kemudian Konsert Hora Horey Live yang ‘sold out’, dan kini akhirnya - Didi & Friends The Movie. Ini hadiah daripada kami untuk jutaan peminat Didi & Friends yang menyokong kami sejak 11 tahun yang lepas,” ujarnya.
Istimewa buat peminat, tiket filem Didi & Friends The Movie boleh mula dibeli pada 15 Februari 2023 di 155 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bagi tayangan rasminya pada 23 Februari kelak.
Selain itu, temui maskot Didi & Friends serta sertai aktiviti menarik menerusi siri jelajah Didi & Friends The Movie pada 24, 25, 26 Februari di pawagam terpilih Utara dan Selatan, 3, 4, 5 Mac di negeri Pantai Timur dan Lembah Klang, serta sekali lagi di Lembah Klang pada 10, 11, 12 Mac.
Astro Awani
Thu Feb 16 2023
Penonton bukan hanya dihidangkan dengan lagu-lagu menarik, malah animasi ini menampilkan pengembaraan aksi penuh hiburan. - Astro Shaw
Pengurus projek didakwa tiga pertuduhan rasuah
Seorang pengurus projek sebuah anak syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas tiga pertuduhan menerima rasuah bernilai RM50,000 membabitkan projek pembinaan lebuh raya.
Tol musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme untuk B40, M40 - PM Anwar
Kerajaan sedang meneliti mekanisme terbaik bagi pemberian tol percuma pada musim perayaan kepada golongan B40 dan M40.
Hanya kes tertentu, JPJ boleh batal lesen memandu OKU
JPJ tidak boleh sewenang-wenangnya membatalkan lesen memandu individu hanya disebabkan OKU
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Didi & Friends The Movie animasi luar biasa, penuh keseronokan untuk seisi keluarga
Penonton bukan hanya dihidangkan dengan lagu-lagu menarik, malah animasi ini menampilkan pengembaraan aksi penuh hiburan.