GARA-GARA namanya hampir sama dengan virus melanda dunia ketika ini, seorang kanak-kanak Australia dibuli dan diejek dengan nama “koronavirus” oleh rakan sekolah.
Corona De Vries, 8, begitu trauma dengan keadaan yang menimpa dirinya dan hampir patah semangat sejak dikaitkan dengan virus yang kini mengancam dunia.
Namun berita tentang bintang Hollywwod Tom Hanks yang ketika itu menjalani rawatan pemulihan COVID-19 di Gold Coast, Queensland mengubah segalanya.
Ibu bapa De Vries memujuk anak mereka untuk menghantar surat kepada idolanya itu.
De Vries merupakan peminat tegar filem "Toy Story" yang dibintangi Hanks.
Dalam surat itu, De Vries meluahkan kesedihannya apabila diejek rakan-rakan sekolah.
“Saya suka nama ini, tetapi saya sering diejek dan dipanggil 'koronavirus' oleh rakan-rakan di sekolah,” katanya.
"Saya berasa sedih dan marah apabila diejek begitu,” luah De Vries kepada Hanks.
BACA: Tom Hanks, isteri dijangkiti COVID-19
Tidak mengharapkan balasan, namun apa yang mengejutkan De Vries adalah apabila menerima jawapan balas daripada Hanks.
Rintihan De Vries dibalas dengan kata-kata yang menghiburkan oleh bintang filem itu.
Hanks turut memuji keunikan pada nama yang dimiliki kanak-kanak kelahiran Australia itu.
“Kamu seorang sahaja yang saya kenali bernama Corona.
“Ia bagaikan roda di keliling matahari yang menyerupai mahkota,” tulis Hanks.
Lebih menarik lagi, Hanks turut menghadiahkan kanak-kanak itu sebuah mesin taip vintaj berjenama Corona.
Menurut Hanks, mesin taip itu dibawa olehnya ke Australia untuk bercuti sebelum disahkan positif dengan wabak COVID-19.
“Mungkin mesin taip ini sesuai untuk kamu."
Namun, apa yang lebih diingati ialah kata-kata akhir Hanks yang mengubat duka De Vries.
“P.S, you got a friend in ME!”
Bintang filem Forrest Gump itu turut meminta De Vries untuk membalas suratnya setelah selesai belajar cara menggunakan mesin taip tersebut.
Menerusi laman instagram beliau, Hanks kini tampil lebih sihat apabila sudah menjalani rawatan pemulihan setelah lebih dua minggu dikuarantin bersama isterinya, Rita Hanks.
Aza Jemima Ahmad
Fri Apr 24 2020
![Dibuli kerana 'Corona', namun bingkisan istimewa Tom Hanks ini mengubat lara Dibuli kerana 'Corona', namun bingkisan istimewa Tom Hanks ini mengubat lara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/61587703181_TomHank.jpg)
Hanks turut menghadiahkan De Vries sebuah mesin taip vintaj berjenama Corona. -Foto Astro AWANI
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Selena Gomez bilionair termuda Amerika, nilai kekayaan RM5.6 bilion Selena Gomez bilionair termuda Amerika, nilai kekayaan RM5.6 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725668675_SelenaGomez.jpg)
Selena Gomez bilionair termuda Amerika, nilai kekayaan RM5.6 bilion
Artis popular Hollywood itu berjaya mengumpul nilai kekayaan bersih sebanyak AS$1.3 bilion (RM5.6 bilion).
![Bintang Hollywood hilang tawaran berlakon kerana pro-Palestin Bintang Hollywood hilang tawaran berlakon kerana pro-Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700730025_TBmashup.jpg)
Bintang Hollywood hilang tawaran berlakon kerana pro-Palestin
Agensi bakat Hollywood United Talent Agency (UTA) menggugurkan Susan Sarandon susulan kenyataan yang dibuat pelakon itu pada perhimpunan pro-Palestin di New York.
![Michelle Yeoh balik Ipoh, luang masa bersama keluarga Michelle Yeoh balik Ipoh, luang masa bersama keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693229509_MichelleYeoh.jpg)
Michelle Yeoh balik Ipoh, luang masa bersama keluarga
Tan Sri Michelle Yeoh berkongsi kegembiraannya selepas berpeluang pulang ke kampung halamannya di Ipoh, Perak.
![Wanita pos najis kepada bintang Hollywood kena bon berkelakuan Wanita pos najis kepada bintang Hollywood kena bon berkelakuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692234382_bintanghollywood.jpg)
Wanita pos najis kepada bintang Hollywood kena bon berkelakuan
Grey menghantar 23 beg pos antarabangsa dari pejabat pos di Lesmurdie, Perth, High Wycombe dan Kalamunda dari 2 hingga 8 Februari.
![Dipuji Ryan Reynolds: Terkejut, menjerit-jerit saya masa nak berbuka puasa! - Sofyank Dipuji Ryan Reynolds: Terkejut, menjerit-jerit saya masa nak berbuka puasa! - Sofyank](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650432727_sofyank.jpg)
Dipuji Ryan Reynolds: "Terkejut, menjerit-jerit saya masa nak berbuka puasa!" - Sofyank
Softyank menyedari Ryan mengulang siar video ciptaannya pada Isnin lalu apabila mendapat notifikasi tanpa henti di Twitter ketika waktu berbuka puasa.
![Dibuli kerana 'Corona', namun bingkisan istimewa Tom Hanks ini mengubat lara Dibuli kerana 'Corona', namun bingkisan istimewa Tom Hanks ini mengubat lara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/61587703181_TomHank.jpg)
Dibuli kerana 'Corona', namun bingkisan istimewa Tom Hanks ini mengubat lara
Lebih menarik lagi, Hanks turut menghadiahkan kanak-kanak itu sebuah mesin taip vintaj berjenama Corona.