SYDNEY: Seorang wanita berperwatakan lelaki di Australia yang mengepos najis serta air kencingnya kepada bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio dan Jared Leto terlepas hukuman penjara apabila hakim memerintahkannya dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun.
Veronica Grey, 49, hadir di Mahkamah Majistret Broome pada Rabu dan mengaku bersalah atas lima pertuduhan menggunakan perkhidmatan pos untuk mengancam, mengganggu atau menyebabkan kesalahan.
Mahkamah mendengar Grey menghantar 23 beg pos antarabangsa dari pejabat pos di Lesmurdie, Perth, High Wycombe dan Kalamunda dari 2 hingga 8 Februari.
Semua bungkusan telah dialamatkan ke pelbagai lokasi di seluruh California, di Amerika Syarikat (AS) untuk perhatian pemenang Anugerah Akademi DiCaprio.
Bungkusan yang dihantar dari High Wycombe pula ditujukan kepada Leto.
Pendakwa raya Komanwel, Rhys Mola memberitahu mahkamah bahawa beg masing-masing mengandungi kuantiti najis dan air kencing Grey yang beku, diperincikan kepada penerimanya sebagai "konfeksionari valentine".
Mola berkata kesalahan itu membawa hukuman maksimum penjara 12 bulan atau denda AUD$16,500 (RM49,246) atau kedua-duanya sekali.
Kandungan beg itu ditemui apabila salah satu daripada barang itu pecah dan bocor ketika dikendalikan oleh seorang pekerja Australia Post.
Sementara itu, peguam bela Kaia Gooding menegaskan Gray tidak berniat mengganggu dua pelakon tersebut dan meminta pertuduhan berkenaan ditolak sambil memberi jaminan risiko untuk melakukan kesalahan berulang tidak wujud.
Laporan psikiatri yang dibentangkan kepada mahkamah mendedahkan Gray telah bertindak tanpa mengambil kira akibatnya kerana gangguan mental. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Thu Aug 17 2023
Seorang wanita cuba menghantar najis dan air kencingnya kepada Leonardo DiCaprio dan Jared Leto dari pejabat pos di sekitar negeri Australia Barat pada Februari lalu. - Foto Sinar Harian
Kerja pembaikan SMK Lutong akan dilakukan segera
Kerja-kerja pembaikan asas SMK Lutong, Miri yang terjejas akibat ribut pada hujung minggu lalu akan dilakukan dengan segera.
Terus bersatu meraikan kepelbagaian dan kepercayaan - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu rakyat di negeri itu terus bersama-sama sebagai satu masyarakat bersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan
Hujan berterusan di timur Sabah hingga 30 Disember
MetMalaysia keluarkan amaran ramalan cuaca signifikan berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, luruan monsun lemah dijangka berlaku pada 28 hingga 30 Disember 2024.
Penduduk perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh
Perancangan jangka panjang sedang dirangka bagi membantu mangsa insiden angin kencang di penempatan atas air di Semporna.
Utamakan keselamatan, rai dengan keceriaan - Bomba Sabah
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, Zainal@Jainal Madasin berkata, masyarakat perlu berwaspada terhadap sebarang risiko termasuk kebakaran, kemalangan, serta banjir.
14 barangan di bawah SHMMP bermula 23 hingga 27 Disember
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak telah mewartakan 14 jenis barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Sempena Hari Krismas.
Pengurus Besar Perak FC umum letak jawatan berkuat kuasa 1 Jan ini
Pengurus Besar Perak FC Neow Choo Seong mengumumkan peletakan jawatan dalam pasukan itu berkuat kuasa 1 Jan 2025.
PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
JSPT Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Bekas ahli 'Dolla' Syasya Rizal selamat bersalin anak sulung
Khabar gembira tersebut dimaklumkan menerusi Instagram sambil mempamerkan momen suami membacakan azan dan iqamat kepada bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Yassir Hayyan.
Kerajaan Kelantan akan ambil tindakan tegas berhubung tarian colok mata di Tanah Merah
Kerajaan Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjuran majlis makan malam yang didakwa menyediakan persembahan tarian mencolok mata.
Wanita pos najis kepada bintang Hollywood kena bon berkelakuan
Grey menghantar 23 beg pos antarabangsa dari pejabat pos di Lesmurdie, Perth, High Wycombe dan Kalamunda dari 2 hingga 8 Februari.