“INSYA-ALLAH, jika dipermudah. Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah menentukan."
Itu jawapan pelakon Sharifah Amani kepada Astro Gempak selepas ditanya adakah dia bakal menamatkan status bujang pada tahun ini.
Sharifah Amani, 36, mengulas spekulasi bakal mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat selepas gambar sedang menggayakan pakaian pengantin tular.
Pelakon "Sepet" itu ditemui selepas tayangan perdana Astro Original series, "Murder by Moonlight" di GSC Mid Valley Megamall, petang Selasa.
Apabila ditanya siapakah gerangan yang menawan hatinya itu, Sharifah Amani mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkannya sebelum mereka disatukan dengan ikatan yang sah.
"Kami memang tak mahu uar-uarkan, lebih lagi, dalam media sosial. Ini kerana apapun dilakukan pasti ada yang tidak kena pada mata netizen.
"Sekarang, kami tak nak cakap apa-apa. Harap-harap selepas berkahwin bolehlah saya memperkenalkannya," ujarnya yang juga anak kepada pelakon Fatimah Abu Bakar.
Pun begitu menurut Sharifah Amani apa yang membuatkan hatinya tertarik kepada jejaka yang kini tunangnya itu adalah kerana kebijaksanaannya.
“Apa yang boleh saya cakap dia warga negara Malaysia dan kami sudah empat tahun berkenalan. Dia juga bukan dalam kalangan industri hiburan.
"Saya memang tertarik dengannya kerana dia seorang yang bijak dan lucu," dedahnya.
Terdahulu, Sharifah Amani mengesahkan dirinya bertunang dengan jejaka pilihan di kediaman keluarganya melalui hantaran dalam Instagram (IG).
Menerusi hantaran yang sama, pelakon itu memuat naik foto memaparkan cincin di jari manis dan kelibat seorang lelaki dipercayai tunang di belakang tangannya.
Dalam perkembangan seni Sharifah Amani bakal muncul dalam siri Murder by Moonlight bersama barisan pelakon lain seperti Sara Ali, Wan Hanafi Su, Riz Amin, Thanuja Ananthan, Brian Chan, Radhi Khalid, Ruzana Ibrahim, Hana Nadira, Tiara Anchant, Amanda Ang dan Amir Ameezan.
Episod pertama Murder By Moonlight akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9.00mlm, 1 Ogos.
Manakala untuk minggu-minggu seterusnya, saksikan siri drama premium ini setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra atau pilihan alternatif strim di Astro GO atau On Demand.
Kisah "Murder By Moonlight" bermula apabila seorang novelis jenayah dan misteri ditemui mati di sebuah resort di pulau terpencil.
Pengurus hotel, Ameera bertindak sebagai detektif wannabe dan telah mengesyaki pembunuh antara 12 tetamu di hotel itu.
Disebabkan terperangkap di pulau, jadi semua orang yang ada di situ tidak boleh ke mana-mana, mahupun keluar dari pulau tersebut.
Mereka bukan hanya bimbang kehabisan bekalan makanan tetapi mereka mungkin terperangkap bersama dengan pembunuh yang dicari! -Gempak
Gempak
Wed Jul 27 2022
!['Dia seorang yang bijak, lucu' - Sharifah Amani dedah identiti cinta hati selepas nikah 'Dia seorang yang bijak, lucu' - Sharifah Amani dedah identiti cinta hati selepas nikah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658895410_TunangSelepasNikah.jpg)
Sharifah Amani, 36, mengulas spekulasi bakal mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat selepas gambar sedang menggayakan pakaian pengantin tular. -Gempak
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Sharifah Amani umum kehamilan Sharifah Amani umum kehamilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662779889_SharifahAmani.jpg)
Sharifah Amani umum kehamilan
Pelakon filem Sepet itu hamil anak sulung hasil perkahwinan dengan CEO Impact Integrated, Ahmed Faris Amir pada 10 September 2022.
![La Luna filem pecah tanah One Cool Film! Tampilkan Shaheizy Sam, Sharifah Amani La Luna filem pecah tanah One Cool Film! Tampilkan Shaheizy Sam, Sharifah Amani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71685869138_TBPecahTanah.jpg)
La Luna filem pecah tanah One Cool Film! Tampilkan Shaheizy Sam, Sharifah Amani
One Film Film juga merancang untuk menerbitkan beberapa filem lain tahun ini dan dalam pada yang sama, berhasrat untuk melabur dalam penerbitan beberapa naskhah lain.
![Sharifah Amani bergelar isteri Ahmed Faris Sharifah Amani bergelar isteri Ahmed Faris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662779889_SharifahAmani.jpg)
Sharifah Amani bergelar isteri Ahmed Faris
Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat.
!['Dia seorang yang bijak, lucu' - Sharifah Amani dedah identiti cinta hati selepas nikah 'Dia seorang yang bijak, lucu' - Sharifah Amani dedah identiti cinta hati selepas nikah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658895410_TunangSelepasNikah.jpg)
'Dia seorang yang bijak, lucu' - Sharifah Amani dedah identiti cinta hati selepas nikah
Sharifah Amani mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkannya sebelum mereka disatukan dengan ikatan yang sah.
![Sharifah Amani umum sudah bertunang Sharifah Amani umum sudah bertunang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71656303773_sharifah.jpg)
Sharifah Amani umum sudah bertunang
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan ucapan tahniah termasuklah rakan artis.
![Kempen Apa Khabar Anak Seni terjemah solidariti pekerja industri kreatif Kempen Apa Khabar Anak Seni terjemah solidariti pekerja industri kreatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626412927_ApaKhabarAnakSeni.jpg)
Kempen Apa Khabar Anak Seni terjemah solidariti pekerja industri kreatif
Kempen Apa Khabar Anak Seni menjadi ruang untuk kalangan pekerja industri kreatif bertanya khabar dan mengetahui kedudukan masing-masing.
!['Sepet' ditayangkan di YouTube secara percuma minggu ini 'Sepet' ditayangkan di YouTube secara percuma minggu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51590890118_Sepet.jpg)
'Sepet' ditayangkan di YouTube secara percuma minggu ini
Peminat turut boleh menyatakan sebarang pertanyaan kepada barisan bintang di ruangan komen.
![Nak viral pergi belajar dengan Instafamous - Redza Minhat sindir pelajar minta bantuan artis demi 20,000 views Nak viral pergi belajar dengan Instafamous - Redza Minhat sindir pelajar minta bantuan artis demi 20,000 views](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/51559008802_redza-20k-header_1.jpg)
"Nak viral pergi belajar dengan Instafamous" - Redza Minhat sindir pelajar minta bantuan artis demi 20,000 views
Siapa setuju?
![Lantikan Pengerusi Finas: 'Kalau tiada perubahan, saya tak tahu nak cakap apa!' - Sharifah Amani Lantikan Pengerusi Finas: 'Kalau tiada perubahan, saya tak tahu nak cakap apa!' - Sharifah Amani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/81553929120_sharifahamani.jpg)
Lantikan Pengerusi Finas: 'Kalau tiada perubahan, saya tak tahu nak cakap apa!' - Sharifah Amani
"Kalau nothing changes saya tak tau nak cakap apa lah. Selamat bertugas semua! Hans Isaac dilantik pengerusi Finas," tulis Sharifah Amani.
![Sharifah Amani, Misha Omar, Erra Fazira sertai kumpulan penyampai berita Komuniti AWANI Sharifah Amani, Misha Omar, Erra Fazira sertai kumpulan penyampai berita Komuniti AWANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41554881037_KOMUNIT.jpg)
Sharifah Amani, Misha Omar, Erra Fazira sertai kumpulan penyampai berita Komuniti AWANI
Program terbaharu Komuniti AWANI memberi peluang kepada anda untuk berkongsi kisah-kisah kemanusiaan yang akan kami bawa ke skrin televisyen.