Bagi Redza, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku dalam sistem pendidikan sekarang dan menyarankan agar mendapatkan bantuan daripada Instafamous jika jumlah tontonan menjadi pengukur untuk bergraduasi.
"I’m not sure what’s the point of this assignment - “perlukan 20,000 views untuk graduate.”
"Y’all ajar students jadi apa ni? It’s a short film FFS, you want it to go viral, pergi belajar dengan instafamous, tak payah buang duit masuk university," tulisnya menerusi akaun Twitter pada Isnin.
I’m not sure what’s the point of this assignment - “perlukan 20,000 views untuk graduate.” - y’all ajar students jadi apa ni? It’s a short film FFS, you want it to go viral, pergi belajar dengan instafamous, tak payah buang duit masuk university. pic.twitter.com/eakPWhkFVf
— morello (@rdzaminhat) May 27, 2019
Selain Redza, pertolongan itu turut diajukan kepada Sharifah Amani, Adibah Noor dan penyanyi Yuna.
Tulis akaun terbabit, pihak mereka yang menghasilkan sebuah filem pendek memerlukan 20,000 jumlah tontonan di YouTube untuk bergraduasi.
"We're media students and have been assigned to produce a short film, we need to generate 20K views to graduate.
"Hope all of you can RT and help us achieve our target," tulis akaun terbabit.
Perkara terbabit dipersetujui oleh penyampai radio ERA, Haniff Hamzah yang pernah menerima kiriman mesej daripada pelajar.
"Ada juga pernah dapat DM macam ni from a student. Fame is not success," tulis Haniff.
Perkongsian buah fikiran Redza mendapat bantahan daripada segelintir pengguna yang menganggap kemahiran media sosial antara perkara yang dititikberatkan masa kini.
"Itulah tujuan assignment pun.Bagi satu task untuk diselesaikan. 20k is achievable. Biar student belajar & fikir cara untuk tarik audience, bukan buat ikut syok sendiri.
"Belajar kenal audience. Audience nak apa yang diorg nak tengok, audience doesn't care about your personal opinion," tulis pengguna @thenasilemakguy.