Lebih sebulan trailer Kabali dilancarkan, peminat setia sudah tidak sabar menanti kemunculan legenda filem, Rajnikanth yang menjadi tonggak utama filem tersebut.
Kemeja-T, baju sejuk dan gelas mempamerkan wajah Rajinikanth dalam filem itu pula sudah mula dijual atas talian sejak beberapa minggu.
Di Malaysia, peminat setia pelakon itu sudah membela jambang, seperti yang dibuat oleh pelakon veteran itu dalam filem Kabali.
Pereka grafik, G. Sivanesan, 27, berkata dia mula membela jambang sejak melihat poster Kabali, dua bulan yang lepas.
“Saya memang minat dan hormat pelakon itu yang sungguh peramah dan rendah diri.
“Apabila saya berusia 10 tahun, baru saya tahu bahawa tarikh lahir saya sama dengan pelakon itu. Sejak itu saya menjadi peminat beliau,” katanya apabila dihubungi Astro AWANI.
“Jambang ini simbol beliau dalam filem Kabali. Jadi saya pun teringin untuk menjadi seperti beliau dalam filem ini,” katanya lagi.
Bagi K. Thanesh, 33, dari Petaling Jaya, membela jambang merupakan suatu perkara yang dibuat olehnya dan beberapa rakan-rakan setelah melihat promosi filem tersebut.
“Sebagai seorang yang sentiasa mencukur misai dan jambang, dua bulan ini cukup menyusahkan.
"Penampiran saya juga berubah setelah saya mula menyimpan jambang seperti dalam filem itu,” katanya.
Thanesh yang menggelar Rajinikanth 'talaivar' (yang bermaksud pemimpin dalam Bahasa Tamil) berkata dia akan mencukur jambang itu setelah menonton filem berkenaan.
Sementara itu bagi K.R Pavitra, idea untuk membuat muka Rajinikanth sebagai hiasan kuku lahir setelah melihat poster filem itu.
“Saya menunjukkan gambar beliau dengan jambang putih kepada juru tat hias kuku yang berasal dari Vietnam.
“Dia tergamam sebentar tetapi bersetuju untuk melakukannya. Proses itu mengambil masa 30 minit,” katanya apabila dihubungi.
“Saya membesar bersama ramai sepupu dan saudara mara yang minat dengan pelakon ini. Jadi, saya rasa dari situlah saya pun mula minat beliau,” katanya lagi.
Bagi M. Subramaniam, 28, yang menggunakan teknik air brush untuk melukis poster Kabali di atas keretanya berkata keluarganya turut menyokongnya.
“Saya membelanjakan RM1,500 untuk air brush kereta saya dengan poster Kabali. Bagi saya, ia tanda penghargaan kepada pelakon itu,” katanya apabila dihubungi.
"Peminat-peminat lain hanya meletakkan satu pelekat ke atas kereta mereka tetapi saya merupakan satu-satunya orang di Malaysia yang menggunakan teknik air brush ini," katanya lagi.
Sementara itu, sebuah kedai tekstil di Klang telah meletakkan suatu potret gergasi Rajinikanth di hadapan kedai mereka di Tengku Kelana, Klang, Selangor, tiga hari yang lepas.
Pengarah Harekrishna Group B. Thiyananthan berkata potret gergasi yang setinggi 10 kaki itu menelan belanja RM1,500.
“Saya merupakan antara peminat setia pelakon itu. Saya gembira beliau memilih untuk datang ke sini,” katanya.
Menurutnya lagi, ramai orang yang datang ke kedai itu untuk berbelanja akan berdiri sebelah potret gergasi itu untuk mengambil gambar dan dimuat naik ke laman sosial seperti Facebook.
Diarahkan Pa Ranjith, Kabali mempertaruhkan watak, Rajnikanth dan membariskan pelakon terkenal Radhika Apte, Kishore, Kalaiyarasan, Dhansika serta Dinesh Ravi.
Filem gangsterisme ini turut dibintangi pelakon tempatan Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim dan Zack Taipan.
Teaser Kabali iklan pra-tonton filem itu di portal YouTube dan laman sesawang sudah ditonton lebih 25 juta kali di seluruh dunia setakat ini serta diumumkan sebagai teaser Tamil paling digemari tahun ini.
BACA: AirAsia siar tayangan perdana filem 'Kabali'
BACA: Kabali versi bahasa Melayu: Bukan mudah alih suara Rajinikanth
Kabali ialah filem ke-159 lakonan Rajnikanth dan menyaksikan beliau membawa watak samseng bernama Kabalishwaran.
Ia ditayangkan secara serentak di 400 pawagam di India mulai semalam.
Suganthi Suparmaniam
Fri Jul 22 2016
Kabali ialah filem ke-159 lakonan Rajnikanth dan menyaksikan beliau membawa watak samseng bernama Kabalishwaran.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
'Pergh, macam hero Kabali' - Tampil persis model, Khairy Jamaluddin digelar Rajinikanth Malaya
Segak!
PM Najib pelawa Rajnikanth buat penggambaran sekuel Kabali di Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah mempelawa bintang filem Tamil, Rajnikanth, untuk membuat penggambaran sekuel filem Kabali di Malaysia.
'Kabali' kutip RM12 juta dalam tempoh seminggu
Penerbit bersama filem itu Datuk Abdul Malik Dashtigeer berkata Kabali yang menemui penonton sejak 22 Julai lepas masih mendapat sambutan luar biasa.
Kabali dibikin kurang teliti, pelakon tempatan sekadar umpan
Filem lakonan Rajinikanth ini menampilkan sisi baharu pelakon bintang tersebut namun mutu suntingan dan tahap penglibatan pelakon tempatan mengecewakan.
Demam Kabali: Peminat bela jambang, hias kuku seiras Rajnikanth
Di Malaysia, peminat setia pelakon itu mula membela jambang, seperti yang dibuat oleh pelakon veteran itu dalam filem Kabali.
AirAsia siar tayangan perdana filem 'Kabali'
AirAsia Bhd (AirAsia), syarikat penerbangan rasmi bagi filem 'Kabali' yang dibintangi pelakon lagenda, Rajinikanth, menyiarkan tayangan perdana filem itu di negara ini.
'Filem Kabali tidak bocor dalam talian' - pengeluar filem
Filem sensasi Tamil, Kabali disahkan tidak bocor dalam talian seperti yang dihebohkan sebelum ini.
Jalaluddin Hassan jadi mangsa khabar angin meninggal dunia sekali lagi
Pelakon dan hos terkenal tanah air, Datuk Jalaluddin Hassan hari ini kecewa selepas keluar khabar angin beliau sudah menemui ajal.
AirAsia sebagai syarikat penerbangan rasmi bagi filem 'Kabali' dibintangi Rajinikanth
AirAsia menjalin perkongsian dengan V Creations, penerbit filem "Kabali" dari India yang dibintangi pelakon handalan Rajinikanth, untuk menjadi syarikat penerbangan rasmi filem aksi itu.
Trailer 'Kabali' versi BM kini viral, peminat pula 'memberontak'
Walaupun ramai yang teruja dengan trailer Bahasa Malaysia ini, ramai berpendapat filem ini lebih baik ditonton dalam bahasa asal iaitu Bahasa Tamil.