SEBAIK sahaja perkataan 'Super Star' terpapar di layar perak, para penonton di panggung mula bersiul dan bersorak.
Malah, mereka turut mampu menyebut beberapa baris dialog sebelum sempat terletus keluar dari bibir pelakon utama, Rajinikanth.
Nyata ini bukan kali pertama mereka berkunjung ke pawagam untuk menonton filem berbajet besar arahan Pa Ranjith, Kabali.
Berdasarkan skala promosi filem ini di Malaysia, sambutan sebegitu sememangnya tidak menghairankan apatah lagi dengan penampilan beberapa bintang tempatan seperti Rosyam Nor dan Norman Hakim.
Malangnya sesudah menonton, saya dapati filem ini indah khabar dari rupa.
BACA: Demam Kabali: Peminat bela jambang, hias kuku seiras Rajnikanth
BACA: AirAsia siar tayangan perdana filem 'Kabali'
Sisi baharu Rajinikanth
Kabali mengitar semula tema dendam dan kebangkitan semula dalam filem gangster.
Sesudah dipenjara selama 25 tahun, ketua gangster Kabali kembali bebas dan ingin membina semula empayarnya yang dimusnahkan oleh kumpulan samseng lain diketuai oleh Tony Lee (lakonan Winston Chao).
Kabali juga dalam misi membalas dendam kematian isterinya yang hamil dalam satu perbalahan besar-besaran di sebuah kuil estet.
Terlalu banyak imbas kembali tentang kehidupan Kabali sebelum dipenjara, kemudiannya diselang-seli dengan plot utama menyebabkan penceritaan filem ini tersekat-sekat.
Kepada peminat Rajinikanth yang sudah biasa dengan ‘kekebalan’ atau kekuatan luar biasa wataknya, Kabali menampilkan sisi baharu.
Rajinikanth membawa watak yang sesuai dengan usianya dan dia juga cedera selepas beberapa kali ditembak.
Pembikinan kurang teliti
Terlalu banyak kelemahan ketara dalam pembikinan Kabali yang seharusnya tidak berlaku dalam filem berbajet besar.
Ketika Kabali bebas dari penjara, dia disambut meriah oleh para penduduk di sebuah kawasan flat. Anehnya, banyak bendera Malaysia yang digantung dengan perhiasan berwarna-warni dalam sambutan tersebut.
Bukankah watak Kabali ini sememangnya rakyat Malaysia? Jadi mengapa pula ada bendera Malaysia untuk menyambutnya? Mengapa dikibar bendera kebangsaan untuk meraikan bebasnya seorang ketua gangster?
Ada dua babak imbas kembali sekitar 70-an (tidak dijelaskan dalam filem) yang dilakonkan di Dataran Merdeka.
Dalam kedua-dua babak ini, jelas sekali kelihatan logo Agro Bank (jenama yang hanya wujud pada tahun 2007) dan bas pelancongan Go KL (yang dilancarkan oleh RapidKL pada tahun 2012).
‘Penampilan istimewa’ pelakon tempatan
Kemunculan Rosyam Nor dan Norman Hakim jelas sekali merupakan cubaan penerbit untuk memikat peminat filem Melayu. Wajah mereka berada dalam hampir kesemua poster promosi.
Namun hakikatnya, mereka cuma membuat ‘cameo’ tanpa sebarang impak besar dalam filem ini.
Dalam Kabali, menurut anggaran saya, jumlah dialog Rosyam Nor jika dijumlahkan tidak sampai pun 30 baris. Kebanyakan babak hanya menampilkan Rosyam dengan wajah penuh amarah sebagai anggota kumpulan samseng Geng 43, di belakang ketua kumpulan Tony Lee.
Termasuk satu babak, Rosyam sekadar berperanan memegang sarung pedang ketuanya ketika pedang dihunus dalam satu pergaduhan.
Ini menyedihkan, terutama sekali bagi Rosyam yang sudah dua kali menggondol anugerah Pelakon Filem Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) melalui KL Menjerit dan Kala Malam Bulan Mengambang.
Aksi pertarungan antara Rosyam dan Rajinikanth sebelum penghujung filem bagaimanapun mengubat sedikit kekecewaan saya.
Norman Hakim? Langsung tiada dialog. Cuma mundar-mandir dengan senapang separa automatik dan alat komunikasi di telinga, mengawal keselamatan Geng 43.
Nyata sekali bakat mereka dibazirkan.
Sebagai sebuah filem yang memilih Malaysia (dan sejarahnya sebelum merdeka) sebagai latar tempat dan masa, Pa Ranjith seharusnya mampu mengarang lakon layar lebih baik dengan memberikan pelakon tempatan watak yang mempunyai pemberat dan bukannya sekadar penambah perasa semata-mata.
Nizam Bakeri
Sun Jul 31 2016

Kabali merupakan filem ke-159 lakonan Rajinikanth
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Kejayaan ini mengatasi kutipan filem-filem lain dalam musim perayaan yang sama, menjadikan MONEY GAME$ sebagai filem paling popular.

Iran berminat kerjasama dengan Malaysia dalam industri filem
Sekumpulan pembikin filem Iran akan melawat Malaysia bulan depan sempena Festival Filem Iran untuk meneroka dan membincangkan peluang kerjasama.

Filem Soloz: Game of Life janjikan pengalaman segar, berbeza buat penonton
Filem Soloz: Game of Life yang memaparkan kisah benar perjalanan hidup ikon e-sukan tanah air Muhammad Faris Zakaria, menjanjikan pengalaman segar dan berbeza buat penonton.

Tegkang, filem terbitan Sarawak di pawagam mulai hari ini
Hampir semua penggambaran filem ini dibuat di tanah tinggi Bario, dengan anak tempatan Josh Nawan sebagai pengarah serta penulis skrip.

Filem 'Abang Adik' wakili Malaysia di Anugerah Akademi ke-97
Pemilihan filem arahan sulung pengarah Jin Ong itu dibuat hasil beberapa siri penilaian Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) Finas.

Mega Fans Screening Filem Takluk: Lahad Datu
Filem ini bukan sahaja mengangkat kisah benar yang menyentuh hati, tetapi juga memperingati keberanian para wira yang mempertahankan tanah air.

Afdlin Shauki saran pengarah muda sertai komuniti PFM
PFM mampu menjadi wadah untuk menimba ilmu berkenaan kaedah yang tepat menghasilkan filem, daripada mereka yang lebih berpengalaman.

Perlu strategi tepat, karya yang betul untuk tembusi pasaran Indonesia - Erma Fatima
Erma percaya strategi yang mantap, selain karya yang betul dan berkualiti adalah kunci untuk menjayakan misi tersebut.

Usanita perkukuh kerjasama kreatif di Jakarta, tembusi pasaran serantau
Usanita Sdn Bhd berjaya menyelesaikan misi penting tiga hari di Jakarta yang memberi fokus terhadap usaha menjalin dan memperkukuh kolaborasi dengan pemimpin industri kreatif di Indonesia.

Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.