Filem Kabali yang dibintangi legenda filem Tamil, Rajinikanth sekali lagi trending di Malaysia.
Selepas beberapa minggu trailer rasmi filem itu dilancarkan, kini sebuah syarikat pengedaran filem di Malaysia, Malik Streams Production and Distribution, telah melancarkan trailer versi Bahasa Malaysia.
BACA: Trailer 'Kabali' dilancar, netizen teruja filem terbaharu Rajinikanth
Trailer yang mula dimuat naik pada Sabtu kini telah mencapai hampir 200,000 views dan mencatat hampir 9,000 perkongsian setakat ini.
Trailer tersebut memperkenalkan Rajnikanth sebagai seorang gangster yang dikenali sebagai Kabalishwaran.
Pemandangan Kuala Lumpur iaitu Menara Berkembar Petronas dan Batu Caves turut kelihatan dalam trailer berdurasi 72 saat itu kerana penggambaran Kabali turut dilakukan di ibu negara.
BACA: Rajinikanth kembali ke Malaysia untuk sambung penggambaran 'Kabali'
Walaupun ramai yang teruja dengan trailer Bahasa Malaysia ini, ada yang berpendapat filem ini lebih baik ditonton dalam bahasa asal iaitu Bahasa Tamil.
“Tiada tandingan. Letak sahaja sarikata Bahasa Malaysia,” kongsi Jenny Liew di Facebook.
Sarah Kishreena Dharun pula berkata beberapa dialog Bahasa Tamil apabila diterjemahkan ke Bahasa Malaysia agak pelik.
“Letak sarikata sahaja,” katanya.
Zakwan Wayne pula berkata: “Mesti tidak best. Sebab cara Rajinikanth cakap susah hendak buat.”
Menurut laporan The Indian Express, filem ini akan melalui proses ‘dubbing’ sepenuhnya dan akan dilancarkan dalam Bahasa Malaysia pada Julai.
Pihak Malik Streams akan mengedarkan filem ini di Indonesia dan Singapura.
Kabali merupakan filem Rajinikanth ke-159 dan bakal ditayangkan pada Julai depan.
Ia turut menampilkan pelakon tempatan Datuk Rosyam Nor dan Norman Hakim.
BACA: Rosyam Nor, Norman Hakim dan hero filem Tamil, Rajnikanth berganding dalam 'Kabali'
Syafique Shuib
Mon May 23 2016

Trailer itu menampilkan bintang utama Rajinikanth yang memperkenalkan dirinya sebagai seorang gangster. - Gambar fail
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

'Pergh, macam hero Kabali' - Tampil persis model, Khairy Jamaluddin digelar Rajinikanth Malaya
Segak!

PM Najib pelawa Rajnikanth buat penggambaran sekuel Kabali di Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah mempelawa bintang filem Tamil, Rajnikanth, untuk membuat penggambaran sekuel filem Kabali di Malaysia.

'Kabali' kutip RM12 juta dalam tempoh seminggu
Penerbit bersama filem itu Datuk Abdul Malik Dashtigeer berkata Kabali yang menemui penonton sejak 22 Julai lepas masih mendapat sambutan luar biasa.

Kabali dibikin kurang teliti, pelakon tempatan sekadar umpan
Filem lakonan Rajinikanth ini menampilkan sisi baharu pelakon bintang tersebut namun mutu suntingan dan tahap penglibatan pelakon tempatan mengecewakan.

Demam Kabali: Peminat bela jambang, hias kuku seiras Rajnikanth
Di Malaysia, peminat setia pelakon itu mula membela jambang, seperti yang dibuat oleh pelakon veteran itu dalam filem Kabali.

AirAsia siar tayangan perdana filem 'Kabali'
AirAsia Bhd (AirAsia), syarikat penerbangan rasmi bagi filem 'Kabali' yang dibintangi pelakon lagenda, Rajinikanth, menyiarkan tayangan perdana filem itu di negara ini.

'Filem Kabali tidak bocor dalam talian' - pengeluar filem
Filem sensasi Tamil, Kabali disahkan tidak bocor dalam talian seperti yang dihebohkan sebelum ini.

Jalaluddin Hassan jadi mangsa khabar angin meninggal dunia sekali lagi
Pelakon dan hos terkenal tanah air, Datuk Jalaluddin Hassan hari ini kecewa selepas keluar khabar angin beliau sudah menemui ajal.

AirAsia sebagai syarikat penerbangan rasmi bagi filem 'Kabali' dibintangi Rajinikanth
AirAsia menjalin perkongsian dengan V Creations, penerbit filem "Kabali" dari India yang dibintangi pelakon handalan Rajinikanth, untuk menjadi syarikat penerbangan rasmi filem aksi itu.

Trailer 'Kabali' versi BM kini viral, peminat pula 'memberontak'
Walaupun ramai yang teruja dengan trailer Bahasa Malaysia ini, ramai berpendapat filem ini lebih baik ditonton dalam bahasa asal iaitu Bahasa Tamil.