KUALA LUMPUR: Buat peminat kisah jenayah dan thriller, siri Dejavu 375 pastinya akan mencetuskan fenomena kerana naskhah terbaru terbitan Astro itu menjanjikan babak yang sarat dengan debaran.
Pengarah Govind Singh kali ini mempertaruhkan sekuel baharu, Dejavu 375 yang bakal menjengah 'rumah' anda menerusi Astro Vinmeen, saluran 202 pada setiap Isnin hingga Khamis mulai 18 Disember ini.
Memetik laporan Astro Seithigal, Govind mengakui, siri itu agak mencabar kerana terpaksa membuat homework dan penyelidikan mendalam agar garapan perincian itu tampak realistik dan tidak menyimpang jauh.
"Topik yang ketengahkan dalam siri ini agak berat kerana melibatkan tiga penjuru iaitu antara perogol bersiri, pasukan penyiasat dan pendakwaan. Ketiga-tiga 'anatomi' watak ini perlu diangkat sama rata," katanya dalam sidang media baru-baru ini.
Sementara itu, Penolong Naib Presiden (AVP), Indian Channel Business (Astro Vinmeen), Mahesvaran Balakrishnan memberitahu, Astro sentiasa menampilkan genre berbeza untuk memenuhi citarasa dan memberi elemen segar kepada penonton.
Plot filem ini agak menarik dan sesuatu yang baharu diangkat menerusi siri ini.
Dejavu 375 lakonan Moon Nila dan Surrya Prakash itu mengisahkan tentang seorang peguam bernama Bairavi yang tekad mendapat keadilan kepada perogol bersiri meskipun sedar salah seorang daripada mangsa rogol itu adalah kembarnya sendiri.
Ketika kes itu sedang berjalan, tidak pasti sama ada dirancang atau sebaliknya, Bairavi terlibat dalam kemalangan dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda.
Apakah kesudahan siri ini? Apakah Bairavi akan terus mewakili perogol itu dan mempertahankan tindakannya itu atau menarik diri daripada kes itu?
Jadi jangan lupa saksikan Dejavu 375 bermula Isnin depan. Selain Astro Vinmeen, orang ramai juga boleh menonton menerusi Astro GO dan On Demand.
Siri produksi Reacch Production itu turut dibintangi barisan pelakon terkemuka termasuk host popular Aanantha Rajaram, Shamini, David Anthony dan MJ Nada.
Pada masa sama, pelakon Jeyashree juga memberi çome back setelah 'berehat' daripada industri ini.
Umavathi Ramayah
Fri Dec 15 2023
Mahesvaran Balakrishnan (berdiri lapan dari kanan) memberitahu, Indian Channel Business sentiasa menampilkan genre berbeza untuk memenuhi citarasa dan memberi elemen segar kepada penonton. - Foto ICB
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Dejavu 375' drama perogol bersiri, bersiaran di Astro Vinmeen mulai Isnin depan
Buat peminat kisah jenayah dan thriller, siri Dejavu 375 pastinya akan mencetuskan fenomena kerana naskhah terbaru terbitan Astro itu menjanjikan babak yang sarat dengan debaran.