RINDU untuk menikmati konsert artis kesayangan anda?
Jangan risau, istimewa untuk semua pelanggan, Astro membawakan konsert artis kesayangan anda terus ke ruang tamu anda.
Semua pelanggan Astro boleh menikmati saluran muzik dan konsert baharu, ‘Stay Home Concert’ menerusi saluran 700 bermula 14 hingga 28 April melalui On Demand atau secara strim di Astro GO.
"Stay Home Concert" menawarkan pelanggan Astro pelbagai konsert terbaik dari artis tempatan, antarabangsa dan K-Pop dengan kerjasama Universal Music Malaysia, Warner Music Malaysia, MTV, ONE TV Asia, K-Plus, Malaysian Philharmonic Orchestra dan banyak lagi.
Pelanggan boleh menikmati lebih 30 konsert dari ikon-ikon muzik pop, siri muzik global, rancangan muzik popular Korea, dokumentari istimewa serta biopik dan banyak lagi.
Antara konsert antarabangsa termasuklah: Coldplay Live in Sao Paolo, Ed Sheeran Jumpers for Goalposts: Live at Wembley Stadium, U2 360° at the Rose Bowl, Taylor Swift – Speak Now World Tour Live Concert, Spice Girls – Live at Wembley Stadium, dan Katy Perry – The Prismatic World Tour Live.
"Stay Home Concert" juga akan menampilkan konsert sensasi K-Pop seperti BTS, BLACKPINK, Twice, Red Velvet, EXO, GOT7, Seventeen dan banyak lagi di SBS Gayo Daejon 2019 & 2018, SBS Super Concert series, MBC Korean Music Festival 2019, 2019 KCON NY.
Tidak ketinggalan saluran ini juga akan menampilkan dokumentari dan rancangan hiburan istimewa seperti Fenomena Gergasi KRU25, Pesta Muda Mudi, BTS Entertainment Chronicles, temubual Korek Fizikal bersama M Nasir, Yuna, Noh Salleh, Monoloque, biopik istimewa Saloma: Mencuri Guruh & Pandang Kaseh.
Khas buat anak-anak kecil, mereka boleh menikmati konsert bersama Daiyan Trisha dalam Dee Telemovie serta konsert Tong Tong Wonderland – The Five Elves: A Magical Journey Musical Show and Happy Castle Live Concert Special, dan banyak lagi.
Asyraf Roslan
Tue Apr 14 2020
Semua pelanggan Astro boleh menikmati saluran muzik dan konsert baharu, Stay Home Concert menerusi CH700 mulai 14 hingga 28 April melalui on demand dan secara strim di Astro GO.
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump
Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.
Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).
Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.
Serangan dron Iran tidak akan berlaku sekiranya Israel berhenti seksa rakyat Palestin - Pakar
Serangan dron oleh Iran ke atas Israel tidak akan berlaku sekiranya rejim Zionis itu menghentikan kedegilan dan kerakusan membunuh dan menyerang rakyat Palestin.
MITEC dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia, Malaysia 2023 oleh World MICE Awards
Venue pertama dibina khas di Malaysia untuk mesyuarat, persidangan, pameran dan acara gaya hidup yang merangkul anugerah berprestij itu.
Bursa Malaysia lepasi paras 1,500 selepas setahun
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah melepasi paras 1,500 mata.