AERIL: "Ingatan mungkin akan pudar, namun kami mengabadikan setiap detik kenangan untukmu." - Foto Instagram
PELAKON dan usahawan, Aeril Zafrel mengimbau memori duka kehilangan ibu yang tersayang sejak 10 tahun lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Aeril berkongsi sepotong video yang menceritakan kenangan bersama arwah ibunya.
Menurut Aeril kenangan dan memori sewaktu bersama ibunya akan tersemat dalam hatinya buat selama-lamanya.
"Dah hampir 10 tahun beraya tanpa ibu. Al-Fatihah buat mereka.
"Ingatan mungkin akan pudar, namun kami mengabadikan setiap detik kenangan untukmu.
"Wishing all the mum, Happy Mother’s Day," tulisnya.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Petunjuk positif pertama dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah kesediaan untuk keterlibatan, dan saya beri jaminan kepada mereka melalui hubungan rakan-rakan dan pelbagai agensi, terutamanya agensi perisikan, bahawa kami bukan di sini untuk mengenakan apa-apa tindakan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.