KANGAR:Kecewa dengan pihak yang dipercayai mengedarkan produk kosmetik tiruan jenama miliknya, Wawa Zainal dan suaminya, Aeril Zafrel, hari ini menyertai serbuan di sebuah premis di Taman Putra Utama, di Kangar.
Pasangan selebriti itu bersama sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis, memasuki premis berkenaan jam 12,15 tengah hari.
Pengarah KPDNHEP Perlis, Norazah Jaapar, berkata dalam serbuan berkenaan, pihaknya merampas lebih 5,542 unit peralatan kosmetik dianggarkan bernilai RM210,596.
Beliau berkata, pihaknya turut menahan 16 individu berusia antara 20 hingga 31 tahun termasuk seorang lelaki yang juga pemilik perniagaan berkenaan untuk membantu siasatan.
Menurut Norazah, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya mendapat aduan daripada pasangan selebriti terbabit mengenai pengeluaran produk kosmetik menggunakan logo dan jenama yang boleh mengelirukan pengguna dan peminat mereka.
"Hasil siasatan mendapati premis terbabit telah beroperasi lebih dari tiga tahun dan turut menjalankan perniagaan menggunakan sistem ejen selain dijual di dalam talian.
"KPDNHEP juga telah melihat iklan mengelirukan yang telah dikeluarkan oleh syarikat milik ahli perniagaan terbabit.
"Tindakan itu boleh memanipulasi persepsi pengguna kerana telah menggunakan logo pemilik asal," katanya dalam sidang media yang turut disertai Wawa dan Aeril di sini.
Norazah berkata, syarikat terbabit dipercayai memiliki sebuah gudang di Kedah dan menjadikan premis di Taman Putra Utama sebagai pusat pengedaran.
Katanya, kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019 yang memperuntukkan hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin mendakwa, mereka kecewa kerana syarikat terbabit menggunakan cap dagangan tidak berdaftar yang seakan-akan menyamai cap dagangan berdaftar miliknya.
"Apa yang dikesalkan adalah ia seolah-olah mengelirukan pengguna.
"Cap dagangan ini bukan senang untuk didaftarkan malah ia memakan masa hampir dua tahun untuk diluluskan oleh pihak KPDNHEP selepas melalui prosedur tertentu.
"Justeru sekiranya pihak terbabit berterusan menggunakan cap dagangan ini, ia adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab," dakwanya.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Nov 18 2020

Wawa mendakwa, mereka kecewa kerana syarikat terbabit menggunakan cap dagangan tidak berdaftar yang seakan-akan menyamai cap dagangan berdaftar miliknya. -Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Aeril Zafrel, Wawa Zainal bayar zakat perniagaan lebih RM1 juta
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal membayar zakat perniagaan RM1.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Wawa Zainal ajak ramai-ramai sertai WAWA Warriors
Menurut Wawa, banyak manfaat yang diperolehi sebagai Usahawan WAWA, antaranya mendapat sokongan penuh daripada pihak HQ.

"Kalau marah macam mana pun, Saya tak pernah angkat tangan" - Aeril Zafrel
Kata Aeril, sebagai manusia, kita tidak layak untuk berkasar dengan perempuan.

Pengguna Twitter mohon maaf fitnah Aeril Zafril, Wawa Zainal
Azrulfitri Azimi mengakui selama ini dia telah bersangka buruk terhadap Aeril dan Wawa serta terkhilaf kerana tidak memeriksa tuduhan yang dilakukannya itu.

90,000 helai koleksi tudung terbaharu Wawa Zainal habis terjual, raih RM2.5 juta
Wawa mendedahkan jualan kumpulan pertama koleksi itu dianggarkan membawa keuntungan sekitar RM2.5 juta.

'Ya Allah, power betul berlakon air mata' - Wawa Zainal terkejut, menangis lihat lakonan Hayla
Menurut Wawa, Hayla juga mendapat pujian daripada pihak produksi kerana pandai menjiwai watak adegan sedih.

'RM5.2 juta harga nilai cinta saya pada Wawa' - Aeril Zafrel
Ini memang hadiah tahap 'next level'!

'Sekarang baru merasa, seksa juga' - Wawa Zainal dijangkiti COVID-19
Tidak pasti mana puncanya, Wawa memberitahu dia disahkan positif COVID-19 selepas menjalani penggambaran untuk produk baharu keluarannya.

Pelakon Aeril Zafrel positif COVID-19
Kata Aeril, buat masa sekarang dia menjalani kuarantin kendiri di bilik atas kediamannya.

'Silap kami' - Wawa Zainal akui anak alami speech delay kerana suka tengok....
Bagaimanapun, Attar sudah menunjukkan banyak perubahan selepas dihantar ke kelas terapi.