Selebriti terkenal yang juga pemilik jenama produk kecantikan WAWA Cosmetics, Wawa Zainal mengajak orang ramai untuk menjadi sebahagian daripada WAWA Cosmetics sebagai reseller, yang dikenali sebagai WAWA Warriors atau Usahawan WAWA.
Menurut Wawa, banyak manfaat yang diperolehi sebagai Usahawan WAWA, antaranya mendapat sokongan penuh daripada pihak HQ dari segi pemasaran dan strategi termasuk peluang melancong ke luar negara.
“Kami akan membantu anda dalam memahami pasaran dan bagaimana untuk mempromosikan produk kami secara berkesan.
“Produk-produk WAWA sangat mudah untuk dijual, dan mendapat permintaan yang tinggi. Selain mudah mendapat pelanggan, kami akan pastikan sesiapa yang menyertai akan memperolehi pendapatan tinggi,” kata Wawa kepada Astro AWANI.
Selain itu, pihaknya juga akan membantu menyediakan bahan pemasaran melalui saluran Telegram khas bagi berminat untuk menjadi Usahawan WAWA.
Ia adalah bagi membantu dan merancakkan usaha pemasaran serta promosi produk WAWA Cosmetics.
“Kami juga akan bekerjasama dengan anda dalam merancang strategi pemasaran yang efektif.
“Kejayaan anda adalah kejayaan kami, jadi kami akan berusaha bersama-sama untuk mencapai matlamat anda,” katanya.
Kata Wawa, Usahawan WAWA juga berpeluang untuk melancong ke luar negara dan pelbagai aktiviti menarik bersama Wawa dan suaminya Aeril Zafrel.
“Ada peluang melancong luar negara kerana kami berdua ni suka travel! (dengan terma dan syarat) Anda juga akan bergabung dengan komuniti "Wawa Warriors" yang dipimpin oleh ketua yang terlatih dan sentiasa memberikan sokongan positif,” beritahu Wawa lagi.
Untuk sertai anda boleh layari Instagram WAWACosmetics untuk maklumat lanjut.
Astro Awani
Thu Sep 07 2023

Wawa Zainal mengajak orang ramai untuk menjadi sebahagian daripada WAWA Cosmetics sebagai reseller, yang dikenali sebagai Wawa Warriors atau Usahawan WAWA. - Foto Instagram/wawacosmeticshq
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

"Alhamdulillah, kami sudah..." - Digelar jutawan, Ini pengakuan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal
Apa yang dikecapi bukanlah satu laluan yang mudah dan ini hanyalah permulaan untuk Aeril dan Wawa.