PELAKON dan usahawan, Aeril Zafrel akui sudah setahun menolak tawaran berlakon kerana memberi tumpuan kepada bidang perniagaan.
Kata Aeril yang juga aktif di laman sosial TikTok, dia kini memikul tanggungjawab yang berat selepas mempunyai 40 orang kakitangan dalam perniagaannya.
"Bila sudah sibuk dengan perniagaan dan bergelar 'TikTokers' sepenuh masa, rindu terhadap bidang lakonan itu ada.
“Tapi bila mengenang semula tanggungjawab yang perlu diberi perhatian, saya kena dahulukan mana yang penting.
"Saya sudah ada 40 orang kakitangan dalam bidang perniagaan. Jadi satu kerumitan juga kalau saya tinggalkan mereka untuk fokus dengan perkara lain (lakonan),” katanya kepada Gempak.
Baru-baru ini Aeril dinobatkan CEO TikTok dalam anugerah TikTok Award Malaysia 2023 bagi kategori Celebrity of The Year.
Pun begitu, suami kepada pelakon Wawa Zainal itu memberitahu dia tidak akan bersara dalam dunia lakonan meskipun sudah menceburi pelbagai bidang lain.
"Kejayaan saya hari ini bermula dengan kerjaya sebagai selebriti (pelakon). Jadi saya tidak mahu meninggalkan ‘asas’ saya.
"Walaupun saya sudah berada pada satu tahap berbeza suatu hari nanti, bidang lakonan tetap saya akan buat,” katanya lagi.
Justeru, Aeril memberitahu dia perlu lebih selektif sebelum menerima tawaran lakonan supaya ia berbaloi dan tidak mengganggu urusan perniagaannya.
“Sekarang saya lebih melihat pada karya dan dengan siapa saya akan bekerjasama. Jadi terpulang pada saya sama ada mahu buat atau tidak.
“Bila sudah sampai satu tahap, saya hanya mahu dikelilingi dengan orang-orang yang kita selesa,” kongsinya. -Gempak
Gempak
Sun Sep 03 2023

Kata Aeril, dia kini memikul tanggungjawab yang berat selepas mempunyai 40 orang kakitangan dalam perniagaannya. -Gempak

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Aeril Zafrel, Wawa Zainal bayar zakat perniagaan lebih RM1 juta
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal membayar zakat perniagaan RM1.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Belum bersara, ini sebab Aeril Zafrel tolak tawaran berlakon selama setahun
Kata Aeril yang juga aktif di laman sosial TikTok, dia kini memikul tanggungjawab yang berat selepas mempunyai 40 orang kakitangan dalam perniagaannya.

"Kalau marah macam mana pun, Saya tak pernah angkat tangan" - Aeril Zafrel
Kata Aeril, sebagai manusia, kita tidak layak untuk berkasar dengan perempuan.

'Ya Allah, power betul berlakon air mata' - Wawa Zainal terkejut, menangis lihat lakonan Hayla
Menurut Wawa, Hayla juga mendapat pujian daripada pihak produksi kerana pandai menjiwai watak adegan sedih.

'RM5.2 juta harga nilai cinta saya pada Wawa' - Aeril Zafrel
Ini memang hadiah tahap 'next level'!

'Sekarang baru merasa, seksa juga' - Wawa Zainal dijangkiti COVID-19
Tidak pasti mana puncanya, Wawa memberitahu dia disahkan positif COVID-19 selepas menjalani penggambaran untuk produk baharu keluarannya.

Wawa, Aeril serbu premis jual produk kosmetik tiruan
KPDNHEP merampas lebih 5,542 unit peralatan kosmetik dianggarkan bernilai RM210,596.

'Silap kami' - Wawa Zainal akui anak alami speech delay kerana suka tengok....
Bagaimanapun, Attar sudah menunjukkan banyak perubahan selepas dihantar ke kelas terapi.

"Alhamdulillah, kami sudah..." - Digelar jutawan, Ini pengakuan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal
Apa yang dikecapi bukanlah satu laluan yang mudah dan ini hanyalah permulaan untuk Aeril dan Wawa.

"Dah 10 tahun beraya tanpa ibu" - Luahan hati Aeril Zafrel
Al-Fatihah...