JUARA musim ketiga Gegar Vaganza (GV), Azharina Azhar mengakui single terbaharunya berjudul Cinta Terbahagi Dua adalah adaptasi daripada kisah hidupnya.
Malah Azharina mengakui dia turut mengalirkan air mata ketika merakamkan lagu ciptaan komposer popular, Julfekar itu.
“Ya, saya sebak sebaik sahaja membaca lirik lagu ini. Apatah lagi ia terlalu dekat dengan kisah hidup saya, tetapi biarlah cerita tersebut menjadi memori buat diri saya.
“Saya sendiri tidak sangka akan mengalirkan air mata ketika menyanyikan lagu Cinta Terbahagi Kedua, sehinggakan ketika rakaman berlangsung Julfekar bertanya kepada saya samada mahu teruskan rakaman atau tidak.
“Sebagai penyanyi saya perlu profesional ketika bekerja, emosi harus diketepikan dan akhirnya lagu tersebut selesai dirakam dalam masa 30 minit,” katanya kepada Astro Gempak.
Azharina berkata, Cinta Terbahagi Dua merupakan salah satu lagu yang akan dimuatkan di dalam album studionya yang ketiga.
“Sebenarnya selain lagu ini ada empat buah lagu lagi yang telah siap dirakam ciptaan Julfekar, iaitu Kesetiaanku, Tetap Kan Abadi, Jemput Kenangan dan Kasih Abadi.
“Sejujurnya saya gembira dan teruja untuk perdengarkan lagu-lagu terbaharu saya kepada peminat. Maklumlah saya pun sudah tidak menerbitkan album ... Selepas album Nina saya hanya muncul dengan beberapa buah single sahaja.
“Jadi saya berasakan ini adalah masa yang sesuai untuk memberikan hadiah istimewa ini kepada peminat,” katanya ketika ditemui pada majlis pradengar kelima-lima buah lagu barunya nya di kediaman Julfekar di Sungei Besi, baru-baru ini.
Tambah penyanyi yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu, album ketiganya itu mengambil masa selama hampir setahun sebelum lima buah lagu yang bakal dimuatkan dalam album tersebut siap dirakam.
“Album ketiga saya dijangka diterbitkan pada Januari atau Februari depan dan saya berharap peminat dapat menerimanya dengan baik,” katanya yang baru selesai merakamkan video lirik untuk single Cinta Terbahagi dua, pada Rabu lalu.
Gempak
Fri Dec 08 2017
Tambah penyanyi yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu, album ketiganya itu mengambil masa selama hampir setahun sebelum lima buah lagu yang bakal dimuatkan dalam album tersebut siap dirakam. - Foto Astro GEMPAK
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Azharina disahkan hidap kanser, bakal dibedah
Penyanyi Azharina Azhar mendedahkan menghidap kanser, bagaimanapun masih belum dapat berkongsi lebih lanjut mengenai penyakit dihidapinya.
All Stars Gegar Vaganza: Azharina sebak bakal nyanyikan lagu kegemaran ibu
Bintang All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Azharina Azhar akui sebak sebaik sahaja menerima lagu untuk tugasan akhir di pentas final.
GV10: 'Tak boleh tipu, ada rasa bersalah' - Azharina hiba, menangis selepas persembahan
Menurut Azharina, dia menangis bukan disebabkan oleh komen juri sebaliknya kerana rasa bersalah terhadap empat orang guru yang sudah bertungkus lumus mengajar lagu keroncong kepadanya.
Cinta terbahagi dua kisah hidup Azharina, menangis ketika proses rakaman
Juara musim ketiga Gegar Vaganza (GV), Azharina Azhar mengakui single terbaharunya berjudul Cinta Terbahagi Dua adalah adaptasi daripada kisah hidupnya.
'Saat Mumy diduga, kau hadir bawa sinar cahaya' - Azharina
Bekas bintang GegarVaganza (GV3), Azharina Azhar akui bersyukur kerana diberi peluang untuk mengambil seorang lagi anak angkat.