PIHAK produksi Anugerah Akademi ke-88 sudah bersedia jika hos Chris Rock akan menyentuh tentang isu #OscarsSoWhite pada malam penganugerahan.
Menurut laporan Variety, Rock akan tetap menjadi hos dan dijangka akan menyentuh tentang kegagalan pihak Akademi untuk iktiraf pelakon dan pengarah bukan berkulit putih sebagai monolog pembukaan.
Penerbit Anugerah Akademi Reginald Hudlin berkata pihak Akademi sudah bersedia untuk Rock membuat kenyataan kontroversi.
BACA: #OscarsSoWhite: 'Oscar anugerah yang rasis' - Netizen
“Chris sedang sibuk. Beliau dan pasukan penulis beliau sedang berkurung di dalam bilik. Beliau membuang tulisan sebelum ini dan menulis skrip baharu.
"Pihak Akademi teruja beliau akan melakukannya (menyentuh tentang isu #OscarsSoWhite). Mereka tahu itu yang kami perlukan. Mereka tahu orang ramai mahukan itu, dan kami memberikan apa yang penonton mahukan," katanya lagi.
Minggu lepas Will Smith mengesahkan beliau tidak akan menghadiri acara Anugerah Akademi tahun ini.
Smith menyertai isterinya, Jada Pinkett Smith yang sebelum ini menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pihak penganjur.
Daripada 20 pencalonan untuk kategori lakonan, semuanya didominasi pelakon berkulit putih.
Keadaan yang sama juga terjadi dalam pencalonan kategori Pengarah Terbaik.
Anugerah Oscar akan berlangsung pada 28 Februari di Dolby Theater.
Syafique Shuib
Mon Jan 25 2016

Chris Rock akan tetap menjadi hos walaupun beberapa selebriti bakal memboikot acara berprestij itu pada 28 Februari.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Apa maksud tweet #blackout oleh hos Oscars Chris Rock?
Tweet hashtag #blackout hos Anugerah Akademi ke-88 menjadi tanda tanya namun netizen berkata ia mungkin berkait dengan isu #OscarsSoWhite.

Chris Rock bakal sentuh isu #OscarsSoWhite untuk monolog pembukaan
Chris Rock akan tetap menjadi hos walaupun beberapa selebriti bakal boikot acara itu kerana gagal iktiraf pelakon dan pengarah bukan berkulit putih.

#OscarsSoWhite: Will Smith turut boikot Academy Awards
Pelakon antarabangsa, Will Smith mengesahkan beliau tidak akan menghadiri acara Academy awards tahun ini, sebagai tanda ketidakpuasan hati.

Isu warna kulit: Jada Pinkett Smith bakal boikot Anugerah Akademi?
Isteri kepada pelakon Will Smith iaitu Jada Pinkett Smith menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Anugerah Akademi ke-88 kerana tidak mengiktiraf pelakon bukan kulit putih.